Friday, July 27, 2012

Happy 9th birthday kakak!

Hari ni beday kakak.kakak yang kuat mengomel dan pandai sgt cakap2 ni.kalo kite cakap a de jawab abcdef hehehe.semalam tanya nak adiah ape?pening2 nak jawab.at last sms ibu de nak pencil case girlz.hey kakak neh! Pencil case je?hahaha
Baju takmo katanya sbb da banyak. Tapela kakak nanti ibu pikir nak beli ape ye!semoga kakak rajin belajar, rajin solat,taat ibu n abi,jadi anak yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.Amin ya Rabbal Alamin!
Kami semua sayang kakak sgt2!!!

Thursday, July 26, 2012

new ride

Cute kan natang ni?rasa nak kuda kudakan de hahahaha
En Abie duk geram je natang ni kalo pegi Giant. de cakap nak belikan tuk Umair. Tapi padahal de yang nak ahahhaha..Umair men ala kadar lepas tu tak heran dah de kihkih
Gemuk mmg best duk atas tu!Melantun-lantun je hahaha

Sunday, July 22, 2012

Rapunzel bertaring hahaha

Rapunzel bertaring!!nuha punya keje hahaha.Bibir tu tak abis2 ngaku cam bibir de "bu tgk comel molot de cam nuha" ohhhh prasan kamu Nuha!dah la bulu mata pjg siap ade bird rio bertenggek??huahua

Saturday, July 21, 2012

Menu hari pertama buka puasa

Menu hari ni ialah :
ayam kampung masak lemak cili api, ikan sambal(belen sahur pagi tadi)
Kari ikan (org bagi),
home made cucur badak,
Air soya jagung
Sup bayam
Alhamdulillah tidak jejak ke param sebab En K kepenatan bertukang kihkih...tapi sempat lalu param masa amik kakak tadi ya ampun!jem yg amat +huru hara tapak bazar ramadhan tu.
Syukur selesai hari pertama puasa!~

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al Mubarak

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan beroleh keberkatan.Maaf jika tersalah kata dan bahasa yang menyinggung sesiapa yang membaca coretan bibu.I am no one and imperfect.Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.Ampuni dosa kami ya Allah.

Jumaat yang mencabar buat ku

Sepatutnya hari ni adalah hari bergembira kerana Ramadhan.
Tapi Ya Allah byk dugaan hari ni.
Dari semalam tailor tipon baru nak confirm balik potongan baju cane2. Padahal 3 bulan dah bagi baju tu. Ingat de kol nak cakap baju dah siap ke ape.Boleh cakap 2 minggu lagi siap?.hari tu janji sebelum posa siap. Down sungguhla rasa sbb dah plan macam2 nak buat ngan belen kain tu. Nak buat scarf budak2.
Tu yang pertama.
Kedua, hari ni ingat plan nak buat sesuatu yang penting, staff mc. Kenapa la ko coti hari ni Jumaat ek. Tatau ke bos mmg tak suka staff coti Jumaat??
Ketiga, pagi2 pegi keje dah kene pakai helmet busuk sbb smlm ujan tak keluarkan helmet dan baju ujan dari box moto.
hoii sgt2 la bertabah bibu hari ni.

Wednesday, July 18, 2012

Bersabarlah Hati Bibu oiii

Hai bersabarlah hati.
Mood bos aku ni kadang2 ok kadang2 cam haram, tsunami, puting beliung semua ada.
Ni kalo tak bagi bonus 6 bulan ni mmg sajela. Kita bakor opis!!!!!!!!!!!!!!
Lubang idung pon lubang idungla janji interpremmm

Monday, July 16, 2012

Apa yang akan korang buat?

Bismillahirrahmanirrahim.
Kalo korang berada ditempat bibu apa agaknya yang akan korang buat eh. Tapi ni situasi I ler. I tadela garang dan suka cari gaduh. Tapi kalo situasi yang perlukan kita bersuara, maka bersuaralah. Gunakan hak anda yang sepatutnya di tempat awam. Sebab situasi begini mmg biasa berlaku. Berapa ramai yang peluk tubuh dan buat tak peduli saja?

Situasi 1.
Anda sedang beratur menuggu tren monorail.Semua orang beratur 2 barisan dan beri laluan kosong untuk penumpang tren keluar. Masing2 dgn gajet masing2 , ada yang baca buku, gosip dan sebagainya. tetibe kan adala ahkak yang umo 40 an sihat walafiat sebab de ni selalu laju yang jalan kaki sebab mmg biasa kalo pukul 6-7ptg ni orang2 yang sama je beratur tunggu tren, zaas berdiri di tepi anda, buat muka bodoh de, himpit konon buat line padahal 2 line dah panjang ni.Kalo korang ape korang rasa?

Situasi 2.
Sama jugak. Mamat muda sket, baju formal . orang dah beratur panjang 2 line. Tetibe eh sedap de je berdiri tgh2 laluan keluar penumpang, dengan muka selamba sambil dengar lagu.

Situasi 3.
Anda sedang beratur nak keluarkan duit di ATM.Tetibe anda terleka seketika sebab ada orang menyapa hai. tetiba out of nowhere, ada orang potong terus cucuk kad de. APAKAH?????

Jadi apakah yang akan korang buat?
Maka dalam ke 3 situasi di atas, bibu buat pendekatan selamba.Sebab mereka di atas ni kene di ajar cara2 menghormati hak individu lain. 

Situasi 1.
Dah 2 kali terserempak ngan akk ni, 2 kali jugak bibu akan jeling maut kat de.(sebab de berusia sket dan nampak cargas dan aktif, bibu tak bersuara sebaliknya jelingan maut sampai de beralih ke pintu lain) Tak paham bahasa jugak tu. Walhal orang lain pandang je.Being ignorant and tolerant.Kali ke 3 dan seterusnya bila 2 masa de nampak bibu, de takkan cuba buat di line yang bibu sedang q..hahahaha (tau takut ek)

Situasi 2.
Ok.bibu cakap " eh u bole Q tak sebab semua orang Q".Alhamdulilah de akur dan berundur. Hehehehe

Situasi 3.
Pon sama. Molot tu cam otomatik laju je kuar " Eh u tolong Q blakang ye, kami dah q nih".Alhamdulillah de cepat2 kuarkan kad ATM de terus pegi mesin lain hahahah (padahal tinggal nak tekan jumlah duit). Kejam gua kan?wakakaka.

No. Bukan masalah kejam. Bila masa anda rasa perlu keadilan di situ, maka buatlah. Kita di ajar beratur, ikut giliran sejak sekolah kan?kenapa nilai2 tu makin tak wujud?

SEBAB MASIH RAMAI MANUSIA YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN TIDAK MENGHORMATI HAK ORANG LAIN. JADI HAK BIBU BERSUARA, HAK ANDA BAGAIMANA?

Kek RV

Percubaan setelah hampir setahun tidak buat kek.
Rasa cam dah lupa kat mana senduk, mana bahan2 sume hehehe. Sejak ada Umair ni aktiviti baking dikurangkan atau mungkin tiada langsung sebab susah sket bab camni amik masa. Umair tak bole tgk ibu de bz sket. Nak melekat saja!
Aceli kek ni buat 2 Jumaat lepas. Bibu coti so pagi2 anta budak2 ke Taska. Kemas rumah. Hajat nakbuat kek kemudian hari sabtu balik kampung boleh sambut skali ngan nenek (22 June), Maksu ( 2 July), Umair (11 July) & Kakak dada (27 July). heeee berderet July.
dah siap2 buat n deco peram dalam peti ais, dah gerak sabtu sampai bentong "erk!!!!! kek tak bawak!"
Ayoyo.
Dah penat2 coti n buat tak bawak!hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Terkilan sungguh tade sape yang ingat pasal kek sebab biasala kalo dah sibuk load brg dlm kete, anak2 lagi. Banyak bende terlupa. Tu sebab selalu kalu nak balik kampung bibu selalu tulis list barang2. Tapi tidak kali ini sebb mungkin balik sekejap, satu malam jadi cam lepa sket. Hadoi!~
Jadi raya ni bibu tekad akan buat kek bile balik raya nanti. sian mak and Angah. Sowi der
Kek RV ni bibu rasa cam kurang jadi. Moist dah ok cume kaler tak merah sebabnya ialah - pewarna merah dah abis heheheh dpat guna 1 sudu kecil je. Pastu krim tu bibu tak buh whipped krim hehehe blasah jela.Cuma krim cis dan butter je.Rasa kalo buh filling stoberi ke blueberi ke jadi lagi sedap kot~
Oh ya resepi bibu tengok kat SINI.
Lagi satu kalo nak buat hantaran sesuai kot kalo pegi bertandang jauh2 sebab bibu bawak ke opis 2 potong, tapi boleh tertinggal dalam kete bygkan dari kol 9 sampai 6 petang dalam kete berjemur di parking lot. Tapi seyes krim de x cair pon.Mujurla tak campo whipped krim, kalo campo mmg cair laaaa. sahih~!

Wednesday, July 11, 2012

Umair Na'el turns 1 !!

11.7.11
Tarikh Umair dilahirkan.Alhamdulillah Hari ni de genap setahun. Melahirkan dia amat mudah. Jaga de pon senang tak banyak kerenah, tak  banyak ragam dan nangis. Tido lagila senang. dari dalam perut de akan suh bibu tido seawal 9-10 malam. Sampai sekarang de paling senang tido.So far de belum penah nangis malam2 kembung, susah nak tido dan sewaktu dengannga. Mmg jaga Umair amat menyenangkan (ehem sape nak cop menantu boleh isi borang sekarang hahaha).

Now, Umair dah boleh jalan.Jenoh sudah nak kejar de.Sangat2 aktif. Capaian tangan de sangat laju. Mengemas lagila.Makan pon banyak. Perkataan pon dah banyak. Bird, bak,papa, mama dan lain2 bebelan tak jelas hahaha.Bibu harap Umair jadi anak yang soleh, taat ibu bapa, bijaksana dan berjaya di dunia dan akhirat ye sayang!~Muaaahhh ketat2
Note: Nanti update sal kek Umair ye!~
Suke gamba ni very clear. Rasa nak upgrade to ios6 

Tuesday, July 10, 2012

Buat keje tapi teringat je camno?

Aih tgh buat keje asik belek2 gamba dlm hp..rindu nak gomol2 Umair (padahal baru 6 jam tak jupa)hahahah
Esok genap 1 tahun.Malam tadi dah potong kek.Awainya hehehhe adalah sebab de..nantila citer!
Gewaaam!balik kang nak geget pp and tangan!~

Monday, July 9, 2012

Hari Sukan Tadika Nuha

Bismillahirrahmanirrahim.
Sabtu lepas ada sukan Nuha.Kelam kabut angkut 3 org pagi2 ke padang.Terlambat 5 minit hehehe.OKla walopon tadika de kecik je murid dalam 30 lebih senang nak kawal kan?Tapi yang payah tu mak pak pon sibuk berkepit ngan anak2 aih camne tu?yelah yang anak2 umo 4 thn ada yang nangis tak biasa lagi.Ape2 pon anak2 enjoy walopon ada yg blur2 lagi nak sukan hahaha.
Contohnya Nuha.Alahai sopannya bawak kacang ekeke.Tapi okla kumpulan de dapat no 3.kemudian bawak straw dan getah dapat no 2. ..masih okla sebab ada lagi kumpulan yang corotkan? hehehe.
Scarf tu tak tinggal ok!
Eh ada  ramai rupanya yang rendah dari de
means Nuha tinggi jugak!
Aih malu2 ayam nak tunggu turn kwn datang bawk kacang hahaha
Lari laju2 tau Nuha!~
bersukan dengan penuh ayu ekekeke


P/s: Bole tak penat2 bawak dslr tapi bateri kong?potong betul laaaa
Nasibla hp bawak haih!~

Thursday, July 5, 2012

Cara hapuskan sel kancer terkini!

Aha.Tadi baca RD dlm tren and jumpa info ni.Kaedah terbaru rawat kanser.Sejenis elektrod dimasukkan ke jantung sel kemudian di panaskan dan mematikan kanser tersebut.tanpa merosakkan sel n tisu bdn kite.Alangkah bagus jika penemuan ini diadaptasi di Malaysia.Tapi rawatan ni masih di tahap ujikaji dan sudah digunakan di US dan UK.

Wednesday, July 4, 2012

Anak itik

Heee jam teruk.kol 8.15 baru sampai umah.wah!kerlas ko bibu balik2 trus update blog.penat ok.balik2 gomoi Umair,aiseh tdo pulak.En aben kuar nak tapau dinner.Balik2 dah kene komen "bu tgk ni ,cantek tak?"lapang je dada kan balik2 ada tukang ceria kan?
Heee ada je idea Nuha.Ni mak itik dan anak2 katenya hehehe cute !
Nuha~she has improved a lot within 2 years in her drawings.
This year turns 5. Alhamdulillah.

Kek batik

Bismillahirrahmanirrahim.
Inilah de rupe kek batik biskut merie yang rasanya 10-12 thn kot tak buat. Sungguh!sangat2 terlupa resepi senang ni nak share ngan anak2. So bile buat tu kakak tanya ni kek ape?Ya allah ibu lupalah kakak selama ni ibu belum penah buat ye? Padahal senang yang amat ( bagi akula hehehe)

Dulu2 kuih ni (kuih ke kek eh), masa bibu kecik2 jenuhla tiap kali makcik2 ku sume coti paksa derang buat. Kira cam kuih wajibla kalo time berkumpul ramai2 tu. Kemudian bile ilmu diperturunkan, bibu dah terer buat, kazen2 yang kecik2 pulak suruh bibu buat. Rasa macam woh!aku ni chef gitu.
Kemudian, bile derang dah besar, I pulak perturunkan ilmu tu dan sama2 la tokok tambah itu ini, modify ikut bahan yang ade kat umah. Tade koko, bole bedal milo, tade susu pekat bole bedal susu biasa (tapi selelu kek cair sket la) nak slamat jgn menderhaka, cari susu pekat ok!

Maka sekarang masa dah berubah, my kazen sume dah besar2 ade yang dah and nak kawen, so masing2 dah terer. Maka sejak2  kat uamh ni sentiasa ada stok beskut, barula terpikir kenapa bibu tak penah buat? ohoi kuih yang dah lama sebenarnya dilupakan. Maka last week bibu buat lah.Tak ingat la resepi sukatan betul2 sbb gua suke men campak je and gunakan bhn2 yang ade kat umah hehehe tapi lebih kurang beginila:

Bahan2:
1/2 cwan susu pekat + 1/2 cwn air
1/2 cawan koko ( buleh ganti 1 cwn milo terus kalo tade koko)
1/2 cawan milo
1 bar ceklat ( tah stok bile tetibe jumpa dalam esbok aiyaaaa)
4 sudu butter atau marjerin

1/2 cwn badam dikisar
1 bungkus beskut meri patah 4

Cara2:
Double boil 5 bahan2 pertama tadi.Biasanya coklat la cairkan dulu, susu dan air sebatikan dgn koko dulu dan milo last skali butter. Kalo tak sebatikan koko dan milo ngan air nanti de jadi ketul2 bila terus letak atas api. Dah cair dan sebati masukkan badam dan beskut.Tuang dalam bekas yang dilapik alumuminium foil dan tekan2 sampai padat. Simpan petis ejuk . Esok boleh makan.Senang kan?tehehe
Bibu letak dlm glass kaserol 4 segi so senang nak potong. Kakak baru tau resepi ni. Ulang2 kali la de makan. Sedap.sedap sedap je katanye. Memang la sedap ade kate ibu buat tak sedap? hahahah


Monday, July 2, 2012

Fabric Flower

Waaaah! ape hal ko rajin sangat sejak menjak ni Bibu??Yela kan ke dah ckp jupa balik kegembiraan tu kat sini? Lupe ke?Hey seronok pulak berblogging balik ni..lupa sejap masalah yang tak seberapa tu. Kebtulan lak keje dah abis..hoi bile la auditor nak dtg audit ni.Gua dah bentang kapet ni. Bos pon tade minggu ni.Rindu setengah mati la dgn bos(hoooi ayat nak kene siram air panas). 

Ok.
Cuba tengok bunga2 di bawah ni cantek tak?Bek cakap cantek seblum bibu pegi umah korang simbah cat kat kete korang (ganas cam Ahlong hahaha). Disebabkan buat dalam masa 10 minit takut budak2 tau. Bibu buat senyap2 kat blik sewing room. cehwah skrg dah ade sewing room. sewing room sangat la...kat situla kotak2 zaman tuk kaduk, situ jugak box baju2 tak pakai, situ gak brg2 camping, situ jugak alatan senam Abie besi2 semua, dah rupe stor (memang stor pon uhuk).

Ok. ini baru percubaan pertama sebenonya. Korek2 belen2 kain dulu2. pastu buat la ikut cam kat entry seblum ni.Memang jadiklah! tapi kain tu lembut sgt. Maybe kalo kedut nak nampak cantek gune kain cotton. Tapi kain cotton dah tade. Ingat nak pegi Kamdar lah.Situ selalu ade jual kain perca ni RM2 stgh meter.macam2 corak ade.Tapi tape, projek besar nanti tunggu lebihan kain baju kurung raya derang siap nanti. Hah bibu ko buatla sampai lebam!

Belah depan
belah blakang (tapi better kedut2 belah sini la)kan?
boleh nak nak buh sepit ke..nak gam kat scarf ke
Size bunga ni besar tapak tangan.jadik kan?kan?

Anak den dah buleh jalan

Bismillahirrahmanirrahim.
Wah sejak menjak ni bibu rajin update!Bagus, bagus. Satu perkembangan yang sihat. Yalah ini salah satu medium untuk melepaskan perasaan hehehe betul tak? Kalo tak dilepaskan nanti jadi penyakit.Iya kan? lagipon bukan ade orang nak baca pon hahaha hentam la labu. Kadang2 bibu tak suka benda2 yang berkaitan dlm hidup jadi paparan umum. I like to stay in simple and yet simple.
Alhamdulillah bulan July ni banyak bende yang berlaku. Salah satu kejadian terbaik yang kami sekeluarga alami ialah Umair dah boleh jalan. Ya, seronok nya tak terkata tengok de jalan kedek2, sangat2 comel! Belum setahun de dah jalan. satu pencapaian yang membanggakan bibu dan keluarga. Tak sabar nak tunggu raya de pakai baju melayu alahai sgt2 cute rasenya.Okla itu je nak update. Boleh?bole sangat la bibu oii...ni blog ko bukan orang lain punya hahahhaha
Ni je gambar yang ada masa de tgh jalan sambil sorong.Kalo takat kete sorong ni
de dah buleh panjat berdiri atas tu. Eksen bebeno gayanya.
Nak amik video de jalan sendri tak sempat de cepat sgt laju je menonong 
jalan sekarang dah jauh la jalan dari hall ke dapo, dapo ke hall
jenuh mak nak control sebab de suka selongkar barang dari laci.
Pastu de suka masuk toilet.Jenuh jugak nak sentiasa berkunci pagar tu.