Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun tatau nak mula dari mana.Jadi Bismillah perkataan paling agung sebelum memulakan sesuatu. Bukan makan je tau baca Bismillah :)
Alhamdulillah kebenaran terbuka sedikit demi sedikit. Ya, sedih bukan bila orang yang mengakui kawan baik tapi sebenarnya di belakang mengata kita dengan pelbagai kutukan?Adakah nak label mereka sebagai kawan?Atau perkataan lebih menyakitkan "kawan baik"? Tambah lagi kawan sejati?Bibu tak sangka sifat beliau begitu. Bukan bibu je terkene ada lagi orang2 lain (maksud bukan seorang).Betul tak fahamlah. Kenapa nak kene bergolok gadai nak mengadakan sesuatu semata-mata nak bagitau satu dunia,semua bende ni mampu dimiliki?
Tak faham kenapa begitu baik dan manis mulut sekadar ada udang di sebalik batu?
Tak faham kenapa beriya mengakui sempit wang tapi boleh hidup mewah (bagi beliau tak mewah,tapi orang lain dah anggap mewah)??
Tak faham kenapa kita sentiasa kene faham dan tunduk kehendak merepek beliau?
Memang bibu terkedu.Sungguh terkedu bila rasa diri ni betul2 dikhianati.
Rupanya selama ni tade keikhlasan? Sungguh bibu dah tak kisah pasal duit dan harta tapi keikhlasan dalam sebuah persahabatan tu amat penting.
Hipokrit?oleh kerna Bibu bukan seorang yg hipokrit, ignore dan unfren is the best way. I don't damn care now bout your life.So please don't care mine!
Memutuskan silaturrahim? No, u still have my number and still contactable but keep in mind that your words are no longer attract my ears.
Alhamdullilah bibu anggap ni dugaan kecil saje. Sikit pon tak terjejas. Kita kene pandai seimbangkan diri dalam semua benda.
Kesimpulan yang bibu boleh buat :
Senyum
Alhamdulillah terima segala dugaan dengan senyuman.In Shaa Allah hati boleh terima dan tenang serta awet muda hehehe
Be professional.
Jangan terlalu ambil berat perkara2 begini sampai tak boleh buat keje la apelah, pening kepalalah.NO.
Be positive
Sentiasa fikir positif dan fokus dengan apa yang dah ada depan mata.
Husnuzon
Buka minda ,sentiasa terima teguran dan baik prasangka. Bila anda seorang yang tidak boleh menerima teguran maksudnya anda seorang yang keras hati, keras kepala, buruk prasangka, busuk hati dan dah tentulah di cop buruk perangai pula.
Jaga iman, mata dan hati
Nak jaga 3 perkara di atas ni, jauhilah dari orang2 yang bersifat parasit dan batu api.
Doa
Ya, bibu doakan yang terbaik sahaja akan berlaku. Nabi tak pernah menyuruh kita mendoakan perkara yang buruk untuk diri sendiri dan orang lain. May Allah bless us with goodness and kind hearted.Amin
La haula wala kua'watah'illah billah
"Tiada daya dan upaya melainkan dengan
kekuatan ALLAH.