Wednesday, January 2, 2013

Bersangka Baiklah

Bismilahirrahmanirrahim
Tahun baru dengan azam baru.
Bibu nak cerita satu kejadian masa menunggu en Abie dtg jemput di stesen komuter kajang,seorangwanita dan anak lebih kurang 5-6 thun.Setibanya sang suami menaiki motosikal bersama seorang lagi anak lelaki di hadapannya (bakul).Lalu mereka beredar (4 orang atas moto).Lalu seorang pakcik seeblah bibu pon mula bersuara
"salah tu naik berempat kalo kene tahan polis haaa naya je"
Bibu sengih je.Pakcik tu sambung lagi
"dahla mak de besar, anak 2 org, moto kecik, aih salah tu!salah!"
Sambil geleng kepala dan sungguh2 beritahu bibu. Bibu cuba jawab tapi masih disangkal berkali-kali...heheeh tapelah aku iyekan jelah akhirnya. Nak lawan orang tua kuat bebel tak boleh jugak kan.

Bagi bibu mungkin :

A) mereka tak punya kereta
Benar.kalo ada kereta buat ape susah payah naik berempat berpanas dan berisiko tanpa helmet ke 4?tambahan pula moto sgt dhaif?
B)Tiada sape yang boleh jaga anak mereka jika salah seorang ditinggalkan. 
Pakcik tadi beri cadangan di mana anak yang besar boleh tinggal di stesen kemudian bergilir-gilir jemput. Bagi bibu, tak boleh juga pakcik, tinggalkan anak seorang di tempat awam adalah salah dan boleh mengundang kes penculikan.

Kesimpulannya pakcik, apa mereka buat memang berisiko :
A) kene tahan polis dan saman
B) kemalangan (moto yang kurang seimbang dan berat)
C) hilang anak
D) kemalangan di rumah jika anak ditinggalkan keseorangan

Maka ape jua situasi yang mereka ambil kesemuanya mengundang risiko.Jadi pakcik, kita tak boleh nak kata ape tindakan mereka tu salah. Kita tak tahu situasi sebenar mereka bagaimana.Jadi saya harap pokcik paham. (macamla pokcik tu baca belog aku hahahaha)

Lepas beberapa minit anak pakcik tu dtg jemput. Bermula bebelan de, anak de lambat, asik talipon dah tau de dah sampai talipon lagi, tengok cucu pon belom ambik dari taska.Bibu tengok anak menantu de  masam je masa jemput de hehehe..agaknya pakcik ni betul ke tidak?Wallahu a'lam Bisawab.. sy doakan yang baik2 aja ye pakcik!



perbuatan mereka salah kerana apa pilihan yang mereka ada?

1 comment:

  1. hihih ai selalu je naik motor berempat.. pak polis tak tahan pun..dia pun faham kut.. (tapi, tempat dekat2 jer la :)

    ReplyDelete