Tuesday, January 29, 2013

Taman Tasik Taiping

Subhanallah!!
Bibu suka Taman ni. sangat redup, nyaman dan tenang. Tapi rasa dulu lagi cantik.maybe pohon2 de dah tua sangat.Tapi still sejuk mata memandang!
Nampak tak kami sejemput kat celah pokok?jenuh nak panjat tau!

Last but not least...kanak2 yang keriangan dapat lepas di taman. Umair ~mood putera lilin, jalan takmo lagak putera lilin, panas sket bising pastu asik nak suh tolak stroller de je..mengada tau budak boolat nih!!!

Ps:
Dah lama tak main edit2 ni..best pulak hehehe..satu hari nanti bila bibu dah tade,this blog remains memories for my family and friends to look into. Siapa tahukan?kehendak Allah tu luas dan tanpa sempadan. Be prepared and have faith in it.Always.

Friday, January 25, 2013

Zoo Taiping

Bismilahirrahmanirrahim.
Baru ada masa nak upload lawatan ke 2 ke Zoo Taiping masa balik kampung xmas thn lepas hehe. Dulu mula2 pegi masa kakak kecik umo 2 thn. Masa Nuha errr rasa tak ingat plak pegi ke tak ye.. rasa cam ada.Tapi this time saje bawak Umair sebab de belum pernah pegi lagi. Bukan main excited sampai terlopong mulut hihihi. Bibu lebih suke zoo Taiping ni bukan ape, redup sangat suasana de.
note:
Memerang tu pandai tau de saje2 show off skill de lompat..golek2 jump dalam air..heee cam bagus!! 
pastu bila org tepuk tangan ceh lagi laa de show off!!

 Ada rusa babi...de sejenis rusa tapi babi...erk!!camne tu ek?hahah nama bukan sekadar rupa!

Waah skrg ade ni..dulu tade. Memang nampak meriah sekarang ada program macam2 kat entrance tu. In shaa Allah nanti balik lagi cuba yang night safari pulak.

Monday, January 21, 2013

Saya badak

Bismilahirrahmanirrahim.
Hari ni perasaan saya seperti badak ni.
Lemu, lemau dan lazy.
Namun saya akan cuba kerja dengan sepenuh hati saya.
Sekian.
note:
Badak sumbu di zoo Taiping, Perak

Thursday, January 17, 2013

Full Month Cupcakes for Li Ming

Bismillahirrahmanirrahim.
Lama tak buat cupcakes deco2 camni. Rasa 2011 bulan 3 last buat Animal theme cupcakes.Masa tu tengah nandungkan Umair. Memang sakit pinggang belakang semua. Tapi berbaloi tgk hasilnya puas hati. Bila diberi peluang camni memang bibu terima. Suka buat sesuatu yang baru. Aceli cupcakes ni untuk my x-staff, Meili sempena kelahiran anak de yang ke 30 hari. Cantek date de lahir 12.12.12.Lucky boy.Semoga Li Ming membesar dengan sihat, cergas dan bijak.

Note:
Paling mencabar buat tapak jari2 kecik tapak kaki tu..kene gentel kecik2..size de lebih kurang 1cm x 2cm..phewww

Tuesday, January 15, 2013

adik manja

Bismillahirahmanirrahim.
Lama tak update.Kadang tak sempat.Kadang sempat tapi kekeringan idea. Lately bibu byk fikir.Otak penat dan tepu. Betul inginkan satu perubahan tahun 2013.Perubahan demi anak2. Bibu nak mereka lebih selesa. Semoga Januari merupakan permulaan yang baik buat kami sekeluarga dan anda semua. (nampak sgt kering idea, stereotaip resolusi tahun baru) hahaha.

Maka gambar ni je bibu ada dlm simpanan hp.Gambar bila tah bulan lepas rasanya. Si kecik ni kalau de bangun tdo kakak Dada de tade di sebelah , bangun cari kakak de. memang manja sangat ngan kakak Dada de. Kalau kakak Nuha tade de tak heran sgt. Ni tdo siap nak peluk2 dan pegang kakak de. Bibu rasa terkilan sket bila pisahkan mereka di taska yang berlainan. Tapelah Umair lagipon kakak sekolah pagi petang.Bibu ingat kalo cuti sekolah nanti kakak stay kat taska lama sama Umair. Senang sket bibu n Abie nak jemput. Sekarang balik keje kene fetch 3 tempat yang berlainan huhuhu..bibu redha. What choice do I have? NONE. *__*. 
Note:
Akan cuba update tentang cupcakes yang bibu buat baru2 ni. Memang teruja dpt order balik. Tapi maaf bukan maksud bibu dah bukak order balik, I akan tgk kelapangan masa dan theme yang dikehendaki. Kalo sesiapa inginkan kelainan, sila pm or email me at caw582@yahoo.com




Friday, January 4, 2013

Kebizian..happy weekenda!!

As salam.
Hari ni kebizian.
Sempat upload video je.
Layan Umair main ape tah buat music guna bibir comel de tuh.
Jari gumuk2.
Memang hari2 kene gigit!!

Wednesday, January 2, 2013

Bersangka Baiklah

Bismilahirrahmanirrahim
Tahun baru dengan azam baru.
Bibu nak cerita satu kejadian masa menunggu en Abie dtg jemput di stesen komuter kajang,seorangwanita dan anak lebih kurang 5-6 thun.Setibanya sang suami menaiki motosikal bersama seorang lagi anak lelaki di hadapannya (bakul).Lalu mereka beredar (4 orang atas moto).Lalu seorang pakcik seeblah bibu pon mula bersuara
"salah tu naik berempat kalo kene tahan polis haaa naya je"
Bibu sengih je.Pakcik tu sambung lagi
"dahla mak de besar, anak 2 org, moto kecik, aih salah tu!salah!"
Sambil geleng kepala dan sungguh2 beritahu bibu. Bibu cuba jawab tapi masih disangkal berkali-kali...heheeh tapelah aku iyekan jelah akhirnya. Nak lawan orang tua kuat bebel tak boleh jugak kan.

Bagi bibu mungkin :

A) mereka tak punya kereta
Benar.kalo ada kereta buat ape susah payah naik berempat berpanas dan berisiko tanpa helmet ke 4?tambahan pula moto sgt dhaif?
B)Tiada sape yang boleh jaga anak mereka jika salah seorang ditinggalkan. 
Pakcik tadi beri cadangan di mana anak yang besar boleh tinggal di stesen kemudian bergilir-gilir jemput. Bagi bibu, tak boleh juga pakcik, tinggalkan anak seorang di tempat awam adalah salah dan boleh mengundang kes penculikan.

Kesimpulannya pakcik, apa mereka buat memang berisiko :
A) kene tahan polis dan saman
B) kemalangan (moto yang kurang seimbang dan berat)
C) hilang anak
D) kemalangan di rumah jika anak ditinggalkan keseorangan

Maka ape jua situasi yang mereka ambil kesemuanya mengundang risiko.Jadi pakcik, kita tak boleh nak kata ape tindakan mereka tu salah. Kita tak tahu situasi sebenar mereka bagaimana.Jadi saya harap pokcik paham. (macamla pokcik tu baca belog aku hahahaha)

Lepas beberapa minit anak pakcik tu dtg jemput. Bermula bebelan de, anak de lambat, asik talipon dah tau de dah sampai talipon lagi, tengok cucu pon belom ambik dari taska.Bibu tengok anak menantu de  masam je masa jemput de hehehe..agaknya pakcik ni betul ke tidak?Wallahu a'lam Bisawab.. sy doakan yang baik2 aja ye pakcik!



perbuatan mereka salah kerana apa pilihan yang mereka ada?

Hari Pertama Persekolahan

Bismillahirrahmanirrahim.
02.01.13.
Hari ni hari pertama persekolahan pada tahun 2013. Lege urusan pendaftaran, buku2 sekolah dan yuran semua dah selesai. Tapi 3 hari sebelum bibu belum jumpa van sekolah tuk kakak ke sekolah agama sebab jarak dari taska lebih kurang 1km. Dulu tumpang seorang parent yang kebetulan tinggal hampir dengan taska dan anak dia satu sekolah agama. Tapi tahun ni anak dia dah lain sesi. 3 hari jugak bibu pening pala cari van. Call sampai 6-7 van semua tak nak masuk kawasan sekolah agama tu sebab tak sempat. Sekolah agama tu tapak surau lama. Memang kalo org tengok dah macam nak roboh sekolah tu. Tapi bibu bangga dengan ustazah2 yang mengajar bersungguh-sungguh walopon tengok sekolah tu agak dhaif sket rumah papan. Kalau bibu banyak duit dah lama bibu bina sekolah baru. Tapi yang bibu rasa sangat terharu, keputusan kakak sangat memberangsangkan sejak setahun belajar di situ. Dia dah boleh membaca jawi , ngaji lancar dan semua subjek de dapat A+. Bayangkan dari sederhana semua C mula2 tahun 2 dulu kat sekolah lain.
Benar bagai di kata, "Don't judge by its cover". Jangan ingat sekolah pondok tak boleh melahirkan pelajar cemerlang.
Semalam bibu terpaksa ambil keputusan tempatkan kakak di Taska (Transit) depan sekolah agama tu. Alhamdulillah dekat juga dengan Sek Kebangsaan dia. Cuma kakak kene berjalan kaki sikit la. Lagipon taska tu ramai lagi murid2 yang jalan kaki termasuk anak2 cikgu kata penjaga tu. Lege bibu dengar.Hari ni bibu tak cuti.  Bibu rasa kakak boleh buat. Lagipon dekat sangat sekolah tu dengan tempat transit tu.Umair la terpaksa berpisah dengan kakak de. Maka bibu terpaksa ambil kanak2 ni lepas balik keje dari 3 lokasi yang berbeza disebabkan masalah van ni. Tapi mungkin ada hikmah juga. Bibu dah jimat RM80 sebulan tuk 2 van sekolah. Tapi sekarang ni masalah keselamatan kakak yang bibu lebih utamakan. Harap2 balik nanti dia boleh kenal sapa2 yang satu tempat transit dengan dia dan esok boleh balik jalan sama2.


Layan bunga api masa konvoi TT Ambang Tahun Baru 2013 anjuran Hilux Tuners Club Malaysia. Pertama kali kami berkonvoi, off road, tengok bunga api live, BBQ (tak sempat sebab kanak2 dah mengantuk merengek nak balik umah) dah pukul 2 pagi lagipon. Belum pernah lagi kami keluar malam2 camtu. Tapi pengalaman yang menyeronokkan. Pertama kali rasa konvoi siap ada Marshal, siren, 25 biji kete, dari Shah Alam- Kuala Selangor - Pantai Jeram (terasa cam VIP di jalan raya kihikih) Memang pengalaman yang berbeza Sebab seorang pon kami tak kenal hahaha..tapi mereka memang sempoi dan ramah! Lepas ni kalo ada konvoi mana2 kami nak join lagi ..biasakan budak2 ni dengan outdoors, camping dan masuk hutan cam bibu and Abie dulu sebelum kawen!Takmo biasakan budak2 ni dengan tab, internet dan sebagainya :-)