Tuesday, January 28, 2014

Mendaki Bukit Broga, Semenyih

Dah lama sangat bibu teringin nak daki bukit dan gunung semula. Cita-cita tu besar tapi kemampuan terbatas. Selepas  13 thn berehat dari sebarang aktiviti lasak camni, rasa-rasa stamina masih ada tak? (Tarik nafas panjang2 dan pejam mata).

Rasa tak boleh.
Tak mampu.
Penat.
Semput.
Tercungap-cungap walopon daki  3 anak tangga ofis.
Amik oksigen.
Migrain.
Seram sejuk peluh.

OK.
Itu adalah scenario sebelum bibu join satu Fitness Centre-TJ Fun Workout. Rasanya bibu betul2 dah jatuh cinta dengan aerodance, salsa, line dance dan Zumba. Seminggu 1-2 kali wajib hadir. Paling best kelas ada parti2 dan hanya wanita sahaja eg. Parti New year, Parti raya, Parti CNY dan etc. Ada tema pakaian dan warna. Memang meriah.Tapi satu je aku suka sangat ialah :-

M.A.K.A.N

Paling2 best. Meriah sangat dengan makanan. Oleh sebab badan aku cekeding tak kisah berapa kalori buleh amik (tanggapan yang agak salah sebenarnya). Maka aku akan makan dari awal sampai abis. Orang lain sibuk dance2..aku lite2 ..kadang takat angkat2 tgn dan kaki je amik syarat sambil menimbulkan kejelesan melampau member2 lain hehehehe.

Ok pic di bawah ni credit to kak Siti Zubaidah atas kerajinan beliau membuat kolaj.Luv u.Muahhhh.Tq bagi izin share sini. Meriah kan??Seme sporting ya amat!!!


Nah sekarang jom tgk aktiviti yang baru kami buat-daki Broga baru-baru ni pada 18 Januari. Bukit yang hanya 675m dari aras laut. Tapi agak mencabar juga masa nak naik puncak.Tangga pon tade.Tali semata-mata siap nak kene tolak bontot dari bawah lak tu heeeee. 

Ok.

Jom tgk tips pendakian.Tips ni bibu belajar dari sifu daki2 ni dulu masa bujang2:

MULUT 
Tidak dibenarkan sama sekali celupar ye kawan2. NO.NO.NO.Cabaran  mendaki ini perlukan mental dan fizikal yang kuat serta niat kene jaga. 

TRAINING
Training adalah disaran naik turun tangga tiap hari (contoh kalo ofis anda 10 tingkat apa lah salahnya pagi2 naik tangga je dan kira bape minit bole sampai atas sehari ke sehari ) untuk stabilizekan lutut dan kaki masa mendaki di samping latihan gym. 

MAKANAN DAN  MINUMAN
Tidak perlu bawak air berbotol2 besar.Lagi banyak minum, lagi pancit. Tapi gunung2 yang memerlukan camping, wajiblaa bwk makanan dan air untuk dimasak. 

ACM
Acute Mountain Sickness.
Pening nak muntah dan sakit kepala adalah biasa jika stamina tidak betul2 penuh.(Fitness).

CARA TURUN
Cara nak turun kawasan cerun disaran sengetkan badan dan turunkan salah satu kaki dulu. Jangan berlambat-lambat. Turun dgn kadar agak laju.Tidak terlalu laju tetapi lebih cepat dari jalan lenggang kangkung mak limah ke pasar.

PUNCAK
Dah sampai puncak, amik gamba dan janganla lengah2 lagi. Setgh-sejam cukuplah sebab orang lain pon nak selfie2 gamba juga kat situ hehehe (ini kes kalo ramai pendaki la).

KESAN PADA KAKI
Hui kalo daki 1000m (gunung) ke atas kompemlaa kaki peha akan jem.Tipu tak jem. Sedikit dan sebanyaklah. Jadi pandai2lah urut dan sentiasa buh minyak. Kalau tidak urat keras.

Sekian tips. Kalo tertinggal nanti I update lagi.Jom layan video team 18 orang ke Broga. Tahniah TJF members!!!




2 comments:

  1. Kalau aku, kompom tak boleh ni bibu wei...kejong mak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mmg kene exercise nak start bende2 camni + faktor umo tak mengizinkan selalu hehehe

      Delete