Tuesday, February 18, 2014

Daki Bukit/Gunung Kutu, Kuala Kubu Baru


BUKIT/GUNUNG KUTU -15 FEB 2014

Salam Muhibbah.
Masih berkisar pendakian.
Daki bukit/gunung ni sebenarnya macam makan dadah juga. Boleh ketagih.
Tak.
Betul tak bohong.
Serius.
Memang akan ketagih.Sekali dah pergi sampai puncak memang nak lagi dan lagi dan lagi. Jadi bibu dan En Abie telah sepakat untuk pergi trip seterusnya .BUKIT KUTU. Nama je bukit tapi dah tahap GUNUNG dengan ketinggian 1053m (Sila Ketik Info). Pendakian de boleh dikatakan 3-5 kali daki Broga dan 200 m lebih dari Gunung Dato atau setaraf Angsi. Jadi wajarlah ia digelar Gunung Kutu.

Kami join bff bibu – Anim dan geng2 Gym dia. Disebabkan masing2 tak pernah daki lagi bukit ni dan lokasi kurang pasti maka kami keluar dari rumah masing pukul 5pagi.Tang ni mmg semangat sampai tak lena tido macam budak2 nak g rombongan kilang coklat dan Petrosains esok harinya …hehehe.

Peta ke lokasi Bukit Kutu ialah :
From KL-Kuala Kubu Baru-empangan KKB-Sungai Peretak-parking sampai ujung skali sungai Peretak.

Secara ringkas, laluan trekking awal BK ni kita akan seberang 3 sungai dan 3 tanda sebalum CP(Checkpoint  4 dan 5)

1. Laluan Jambatan gantung
    Kami memulakan perjalanan seawal jam 8pagi.
 
2. Laluan Jambatan senget


3. Redah anak sungai dalam 20-30cm paras kaki. Kene bukak kasut atau kalau terer lompat je batu2 macam acara lompat jauh atas batu kemudian sarung balik kasut.
 
4. Check Point (CP4) -papan tanda dah pecah tiba hampir pukul 9.30pagi setelah 1.5 jam perjalanan menaik(Canak). Kawasan ni mcm bau kambing agaknye tu kot nama gua kambing. Bole top up air di sini.

5. 20 minit kemudian tiba tibe di Check Point (CP5)- Kawasan berbatu besar.

6. Final Point – the Chimney
 

Check point dibenarkan camping sebab ada 2 sumber air perigi. Kami tiba tepat jam 11.15 pagi maknanya dalam 3 jam 15 minit pendakian (waktu catatan kami berdua).Tapi jika berkumpulan dan bersama  mungkin cecah 4 jam.

Lebih kurang 2-5 minit ke atas adalah puncak sebenar Bukit Kutu. Atas tu boleh memuatkan 20-30 orang dalam satu masa  tapi puncak utama (2 biji batu) terpaksa bergilir-gilir 3-4 org sahaja. Yang ni mmg aku seram, tak berani nak bertenggek atas batu duduk cokoh camtu je .Ibarat 3 biji kete bertingkat  pehtu ko duduk atas roof kete tu tanpa ape2 bantuan. Sejujurnya, puncak paling gayat dan kedekut aku penah naik berbanding puncak2 lain phew!!Itu belum kira angin kuat phewww seram mak! 

lagi gamba-gamba di sini:
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
Bersama chenta hati saya sekian kali ke udara..luv u muaah

Ape pon bibu rasa BUKIT KUTU layak bergelar Gunung!
View , halangan yang berbeza dan unik. Keseluruhan naik 3 jam 15 minit dan turun 2 jam 30 minit.Sekian.

3 comments:

  1. Assalamualaikum kak,

    Sy baru nk berjinak2 hiking ni. Untuk bukit kutu ni kena register dgn mana2 pihak x sblm naik? Kalau x tau jalan perlu upah guide utk bawa ke atas x?

    ReplyDelete
  2. TEBING TINGGI BACKPACK
    GUIDE SERVICE
    LICENSE NO:TG9600
    ANDY 017-9997790

    ReplyDelete
    Replies
    1. andynafiz.blogspot.com
      Guide service include forestry permit
      N police report
      TEBING TINGGI BACKPACK

      Delete