Tuesday, September 11, 2012

Dugaan

Hermmm tatau nak mula dari mana.
Bila tengok orang sakit dan terlantar, hati meruntun.Kelu.Dada sebak.Semua ada.Manusia ni dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing2.Selagi kita hidup, pasti Allah akan duga. Jika Dia beri rezeki, Tak mustahil Dia boleh bagi Dugaan. Yang pasti Allah tak akan uji diluar kemampuan manusia. Sebab manusia yang diuji akan menjadikan dia lebih tabah, matang dan bertakwa jika kite redha dengan ujian tu. Tapi jika tak redha dengan sebarang  ujian yang diberikan, maknanya kita bukanlah dikalangan orang2 yang bersyukur. Sebab bile kita rasa mengapa Allah bagi ujian ni pada kita, kite kene lihat orang yang lebih tidak berkemampuan dan ujian yang lebih berat.InsyaAllah  kita mampu menanganinya.

Kadang bila bibu fikir masalah itu ini, kenapa nak bebankan kepala otak dgn perkara yang remeh temeh contoh : kenapa semut banyak dalam umah?pantang letak makanan barang seminit dua. Allah bibu, itu bukan masalah negara sangat. Niat sedekah jelah kat semut tu ( ini contoh ye...contoh sahaja).

Kadang2 bila dilanda masalah contoh situasi keluarga, bibu jarang nak share untuk tatapan umum sebab bagi bibu masalah tu kadang mungkin tak sebesar masalah orang lain. Bila tengok masalah orang lain, mungkin kita sendri tak sanggup nak hadapi atau mungkin tatau bagaimana nak hadapi jika bende tu berlaku pada diri kita sendiri.



Bibu harap kawan2 semua yang berhadapan ujian sebegini, korang lebih sabar dan tabah dengan sebarang ujian yang Allah beri. Kesakitan itu satu medium Allah kifarahkan dosa2 kita ye. Walau sebesar mana ujian, banyakkan berzikir. InsyaAllah hati akan tenang. Ini pon pengajaran tuk ko bibu, kalau marah2 tu zikir banyak2!!! jangan rosakkan barang hehehehe

1 comment:

  1. nape kak ... sodih je entry ..

    bnyakkan sabo ye kak .. daku pun kdng2 bile dugaan dtg tu ngamuk jgk ler .. as manusia , kite kdng2 xleh nak kwal .. tp bile trsedor tu mmg ngucap jgk lew .

    ReplyDelete