Tuesday, December 11, 2012

Morib GCR, Banting

Bismillahirrahmanirrahim.


Percutian paling singkat kurang dari 24 jam cek in!Anda mampu?Yes, we can make impossible things possible! hahaha

Aceli, bibu dah lama beli voucher streetdeal ni rasa 6 bulan lepas kot. Asik tertangguh dan tak sempat pegi masa September (promotional period).Voucher  RM188 ni kene gunakan sehingga 31 Dec sahaja atau, surcaj akan dikenakan jika cek in di luar ‘promotional period’. Surcaj pula RM70 weekdays dan RM100 weekends. Maka bibu opkos la pilih weekdays.

Kami pegi awal2 hari Ahad tu sampai Morib CGR pukul 12.30, redeem tiket waterpark dan tiket kanak2 kene byr lain. Mandi sampai pukul 3ptg sebab tengok kanak2 ni dah lapo sgt , ngam2 je waktu cek in + kaki dan belakang aku dah sakit. Malah, peak season cuti sekolah ni orang adalah terlalu ramai, hampir sejam jugak la nak selesai sume. Mandi pon berlaga buntut jugak cam Gambang hari tu sampai kul 5 cek in okeh!!~Tapi bagus juga mandi awal2 sebab kol 5 tu dah mula ujan hehehe (sedap kan ati)

Tetapi bibu tepaksa cek out seawal 7.30 pagi sebab tepaksa masuk opis memandangkan AB kene pegi hospital, C ada exam, D pegi holiday Japan, E kene anto AB maka F (aku) tepaksa berkorban @_@ huhuhu. Memang kakak tak puas main. Sian anak2.Tapelah nanti pau Abie pegi Sunway Lagoon tau!~


Tips:

1. Jika beli guna Streetdeal voucher, WAJIB print dan tunjuk masa cek in.

2. Hotel yang mesra alam. Tiada plastik langsung dalam tong sampah bilik.

3. Jacuzzi berfungsi dengan baik. BEST SANGAT2 hehehe

4. Bilik besar dan katil yang besar + TV flat screen.

5. Buffet dinner yang lazat2 (sehingga anak2 aku berebut minum dalam mangkuk sup hehehe)

6. Buffet breakfast yang sedap juga.

7. Waterpark yang sesuai untuk seisi keluarga.
8.  Wristband tu boleh guna 2 hari, so jangan gatal2 tanggal kalo nak main esoknya pulak.

Jangan harap la aku duk memerhati saje kan?mmg aku turun naik gelongsor tu 3 kali okeh!(mmg tak sedar diri sebab ketat sket rule nak naik tu, kene pakai full swimsuit (no problem), pesakit back dan neck problem dilarang naik tapi aku degil! hehehe... nak tau best ke tak tempat main de, boleh tengok SINI tak sempat nak amik gambar sangat sebab kene gilir2 main, jaga Umair lagi dan jaga barang. Kalo simpan locker barang payah nak amik gambar pulak!
Famili Cina sebelah aku ni seksa2 sume bikini je ekekeke
Last but not least the best part yang aku suke sgt Morib GCR ni ialah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
JACUZZI!!~
(mmg le wajib jakun sebab mmg tak pernah lagi berjacuzzi  spa ke ape hehehe)
Memang best! Selesai anak2 berjacuzzi, turn mak pak pulak..eh!







3 comments:

  1. yahooo!!! bestnya...tak sia2 aku beli kat StreetDeal...aku igt pesan ko suh print voucher tunjuk masa cek in..thanks beb!

    tak sabarnya nak beROMENtik kat situ..aku booked bulan Feb tahun depan sempena besday aku...bagus kan? booked utk besday sendiri T_T huhuhu

    ReplyDelete
  2. oit! jacuzzi tu muat tak untuk badan sebesar aku? muahahahahaha :D

    ReplyDelete