Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa nya agak lama tak update dek kekangan masa dan mencari masa yang sesuai. Setahun yang lalu, bibu dan keluarga belah mak, berhari keluarga di Limastiga, tempat yang seperti Tahun lepas sila KLIK. Tahun ini kami rancang tempat yang sama lagi memandangkan ada yang tak dpt pergi thn lepas. Tshirt pon baru turqoise. Aktiviti mcm biasa makan, makan dan makan. Main air, gosip, bergamba2 dan mcm2 lagilah. lebih kurg 50 lebih org dpt serta. walopon bermacam2 halangan dan dugaan ditempuhi, selamat juga kami anjurkan hari Keluarga Haji Dahlan. Tahniah semua yang hadir, tukang sponsor Tshirt dan semua2lah masing2 menyumbang tak kira wang ringgit dan tenaga. 2 thumbs up!!
Mungkin banyak kenangan dan gambar tapi bibu tak dpt nak upload. Memang inilah hari yang sepatutnya di nantikan untuk mengeratkan ahli keluarga masing2.
Tapi sminggu lepas kami berkumpul, 30.3.13 kami dikejutkan dgn berita pemergian Muhammad Feerdaus, sepupu bibu (ibu arwah mak saudara bibu). Arwah terlibat dlm kemalangan di Wetland, Putrjaya. Kami semua rasa sgt terkejut sbb arwah pergi dgn tiba2. Arwah anak sulung, satu2nya anak lelaki tunggal. Memang kami rasa sgt2 sedih. Tiada kata yang boleh diungkapkan apatah lagi kami semua rapat. Selalu bersembang dlm group famili :(. Arwah sememangnya anak, abang, adik saudara,anak saudara dan cucu yang baik bagi kami. Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan arwah selama 24 thn dlm keluarga kami.
Kak ri (panggilan bibu dlm keluarga kami) doakan kesejahteraan Daus di alam sana, smoga ditempatkan di kalangan org2 yang beriman dan solehah.
To my aunt, uncle and adik2 arwah smoga kalian diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh dugaan ini. Sesungguhnya Allah tidak memberi kita ujian melebihi kemampuan hambaNya. Al Fatihah.
Note :
Takziah juga untuk Abg Abil yang kehilangan isteri tercinta, Kak Gee pagi tadi. Smoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amin.


No comments:
Post a Comment