Bismillahirrahmanirrahim.
Lama tak menulis.Sibuk dan menyibukkan diri hehe.
Nak cerita trip yg di rancang setahun yang lepas. Trip bibu bersama geng sekolah menengah dulu seramai 6 orang dewasa dan 2 kanak2 berumo 10 thn termasuk anak sulung bibu, kakak Syuhadah yang dotot. Tak kisahlaa org dah pergi ke belum bibu nak tulis untuk rujukan bibu sendiri dan sape2 yang nak tau silakan. Easy reading and free. ^_^.
Kami beli tiket masa sale Free Seat AA dengan harga RM198 per pax without luggage pergi dan balik. Murah tak? Tiket dah beli, bajet untuk hotel, pengangkutan, cukai dan sebagainya melalui kutu yang ditabung seorang RM50 bermula May 2012 - March 2013 (RM500) seorang. Agak pening juga mencari hotel yang sesuai. Bibu booked melalui booking.com iaitu Villa Damar (pencerahan hotel di bawah).
Flight kami 3 kali bertukar jadual. Sekejap awal, sekejap lambat, dan awal balik. Pening mak!Tapi semasa hari berlepas, Alhamdulillah tiada penukaran lagi.On time!Tapi agak rugi sebab dapat tiket murah sampai Bandung dah malam. Tape.Kami2 yang pergi semua ladies yang cargas. (cargas saangaat).
Itinerary adalah wajib walopon x semestinya betul dan tepat. Yang penting ada perancangan ye kawan2.
Alhamdulilah pergi dan balik seat kami dekat2 semuanya.Tq Allah atas kemudahan ini.
Wajib sekupang 2 amik gamba sebelum berlepas. Muka excited masing2. 2 orang tiada dlm gamba.
Tag yang dibuat khas oleh kwn bibu, Cektat. Mak Jemahla saaaagat!
Kepoh hingar bingar departure hall AA cam rombongan cik kiah 30 org kekdahnya!
A-must-take-gamba-sayap kapai!hehehe
Kakak menikmati nasi ayam.Sedap tak kakak?
My portion - ayam pepper. Bulehlaa tahan tapi potato de tidak ku gemari and sayo soggy sgt.
(bajet komen mastercef puiiii)
AA indo yang kami naiki. (eh ni kapai masa balik hehehe) Masa pergi dah agak gelap kihkih
*
Gambo Bandung airport tade sampai dah malam kol 7.50 mlm.
Akhir skali Villa yang kami duduk di Jalan Setiabudhi area FO selama 3 mlm bernilai RM1240. Bahagi 6 orang RM206 sekepala. Mahal?mungkin. Tapi berbaloi dan sgt sesuai kalau nak duk ramai2 dalam sebuah rumah. Yang bibu booked ni Junior suite, ada 2 toilet, mini kitchen, guest room, dan loteng atas berserta 3 king size bed yang membolehkan kami bercakaran, golek2 , gomol2 dan borak sakan sampai rasa nak runtuh..erk!!
Tip buat dan tidak buat (dos and don'ts) hari pertama:
1. Beli tiket waktu AA free seat.
2. Google dan survey hotel ikut recommendation and rating.
3. Tukar duit siap di Malaysia sbb bagi aku tukar di sana adalah kurang menguntungkan. Beza sangat2 30-40k rupiah.
4. Bawak satu luggage besar dan satu luggage cam troli untuk kemudahan di Pasar Baru kalo takmo buleh arah supir je angkut semua brg2 naik ke van.
5. Sewa kete untuk 2 hari suntuk.
6. Bawak baju 3-4 helai and suar 2 cukup. Tudung pon 2 je..recycle or basuh kalo jenis tak leh pakai 2 hari suntuk cam aku neh hehehe
7. Cek in dan print boarding pass awal 2 atau seminggu sblom berlepas.
8. Timbang dulu luggage sebelum cek in luggage (seram sejuk kami, ngam2 saje 50 kg masa pergi hahaha..thanks to Linda sebab tak bwk luggage..rock sungguh kau ye..dari opis ngan backpack terus ke airport..heybaaat fren!).
9. Print kecik conversion rate. Tapi kalo dah sampai sana dah boleh agak..semua kene bahagi 3 aje.
10. Asing siap2 duit hotel, transport, airport tax dan lain2.
11. Beli luggage online. Cam bibu pergi beli 25kg tuk 2 nama (50kg) - 5 luggage beso kosong, balik 30kg tiap seorang itupon masih berbaki 39kg hehehe...tadelah sakan sgt kami..berhemah sungguh shoppingnya. Cam baju2 tu buhlaa dlm backpack masing2.Kalo takpon buh jela dlm luggage.
Okeh selesai Hari pertama hehehe...bersambung.



No comments:
Post a Comment