Friday, January 24, 2014

Trip to Aonang-Krabi



Welcome 2014!!!
(baru terhegeh-hegeh nak welcome tahun baru)
Apa pon semoga tahun 2014 ni mendatangkan lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Tutup buku lama dan buka buku baru (sgt sinonim ayat ni..rasa kering idea nak menulis setelah lama tak update hehehe).
Alhamdulillah tahun ni azam dan cabaran semakin meningkat.
Azam nak jadi insan yang lebih baik .
Azam nak lebih sihat.
Azam dapat didik anak2 dengan sempurna.
ikutkan baaaanyak sgt wishlist tapi yang paling utama tu rahsia (In shaAllah smoga Allah  kabulkan. Amin)

Diharap anda yg membaca juga diberi kekuatan , azam dan semangat baru juga. Amin.
(skemanya ayat kan?)
Oklah tanpa membuang masa berceloteh di ruang blog yg agak malap dan suam2 kuku ayam ni nak upload trip ke Krabi yg bibu pegi pada 22-23 Nov 2013. Tiket ke Krabi ni bibu beli lama dah 6 bulan sebelum kejadian. Kami pergi berdua je (bajet bulan madu) dan juga mau survey2 dulu. Memang berhajat nak bwk anak pula tahun ni. Mase tu murah promo tiket RM378 je tuk 2 org. Setelah disurvey2 maka bibu book juga Goodwill Hotel di Aonang. Tapi masa tu musim hujan belum reda, nasib tak menyebelahi kami. Tak dapat nak snorkeling melawat pulau-pulau sebab hujan ribut dan ombak besar.Oleh itu tak dapat nak ke Phi Phi Island. Ape nak buat tade rezeki kan. InshaAllah kami akan pergi dengan anak2 satu hari nanti (one 2014's wishlist)!!
(tadi intro mcm tanpa celoteh..dah jadi celoteh)

Sedikit Tips:

Book awal dan semak cuaca 
Waktu lawatan yang sesuai adalah  Dec-April sebab raining season ialah antara May-Nov. 
Jadi time aku pegi ini adalah tidak bersesuaian sungguh hehehe..tapi ujung Nov tu sepatutnya lembab sahaja. Masa aku pegi tu Guide kata entah kenapa tempias typhoon masih ada. Jadi ikut nasiblah Nov tu cuaca baik ke tidak ye!

Mata Wang
Seelok-eloknya tukar di sini sebab sana mmg rendah. konsep ujan emas baik di negeri sendiri adalah sgt tepat ^_^.

Shopping
Tawar macam biasalah serendah yang boleh.Mana2 pon sama.Bagi aku harga tak banyak beza barang2 mahupon makan di Malaysia lebih kurang.

Makan
Makanan halal bersepah.Pilih je.

Gambar lain2 dah dijadikan dalam Youtube. Senang keje beb.Tahun ni agak busy dengan 2 anak sekolah Selamat Menonton!

No comments:

Post a Comment