Rasanya tidak sah kalau turut serta sebagai seorang 'environmentalis'. Tak salah dan tak perlu sesenpun. Yang diperlukan ialah kesedaran kita betapa bumi ini dah agak uzur, disebabkan kerakusan manusia.Walaupun kempen ini bagi kesedaran supaya kite lebih berjimat tentang penggunaan tenaga yang ada, banyak lagi isu yang lebih penting sebagai CONTOH; isu sampah. Kebanyakan kita tidak sedar jumlah pembuangan yang kita lemparkan setiap hari lebih memberi kesan kepada bumi. Sebagai contoh, taken from Human Foot print resources, Kalau tiap hari beli surat khabar, sepanjang umur hidup kita, telah menebang 43 pokok!!!
Oleh itu (macam ceramah pulak) mari kita bersama-sama Kitar Semula benda-benda yang boleh dikitar semula.
Contoh 1
Sebagai contoh ini perbualan Bibu dgn Tokei Kedai Runcit ;-
'Sardin je kak?'
Iye. Saya takmo plastik.
"Nape pulak?'
Kat rumah saya dah penuh plastik kecik2 nih.
Plastik ni ambil masa bertahun-tahun nak lupus!
"owh..pecinta alam rupenya akak nih sambil senyum kelat'
(maka bibu pon keluar kedai dengan memegang setin sardin)
Iye. Saya takmo plastik.
"Nape pulak?'
Kat rumah saya dah penuh plastik kecik2 nih.
Plastik ni ambil masa bertahun-tahun nak lupus!
"owh..pecinta alam rupenya akak nih sambil senyum kelat'
(maka bibu pon keluar kedai dengan memegang setin sardin)
Berhati-hati ketika memandu? Tidak!
Berhati-hati ketika membawa tin sardin? Tidak jugak!
Belilah barangan buatan Malaysia? Pon tidak!
Maka, kalau setakat beli setin sardin naik kereta/moto, tak perlulah mintak plastik!hehehe
Contoh 2
Ketika membeli lunch di ofis, sebaik2nya bawaklah lunch box daripada menggunakan plastik foam, tak mengapa kena basuh lepas makan, bukannya payah sgt melainkan kerja kontrak!(itupon kadang aku sendiri terlupa...aishhhhh nak kene sepuk diriku ini)
ps: owh ya Earth Hour kami agak berjaya, walaupun TV masih on, lampu ditutup. Itupon kakak sibuk suruh tutup lama sedikit! Adoi kakak nih jakun sudah!


kak, gelak2 aku bace kisah tin sardin tu kak...besar sumbangan ko kak.....betul tu, plastik pun satu hal....kene lupuskan ajekp enggungganye ....sebab salah satu pencemaran alam adalah dari plastik beg.....
ReplyDeletehentikan jugak penggunaan polysterine (palstik foam)utk bungkus food...bukan aja tak elok utk alam sekitar bahkan kesihatan kita huhu
ReplyDeletebtl tu kak bibu, setuju sgt!!!
ReplyDelete