BUKIT/GUNUNG
KUTU -15 FEB 2014
Salam
Muhibbah.
Masih
berkisar pendakian.
Daki
bukit/gunung ni sebenarnya macam makan dadah juga. Boleh ketagih.
Tak.
Betul tak
bohong.
Serius.
Memang akan
ketagih.Sekali dah pergi sampai puncak memang nak lagi dan lagi dan lagi. Jadi
bibu dan En Abie telah sepakat untuk pergi trip seterusnya .BUKIT KUTU. Nama je
bukit tapi dah tahap GUNUNG dengan ketinggian 1053m (Sila Ketik Info).
Pendakian de boleh dikatakan 3-5 kali daki Broga dan 200 m lebih dari Gunung
Dato atau setaraf Angsi. Jadi wajarlah ia digelar Gunung Kutu.
Kami join
bff bibu – Anim dan geng2 Gym dia. Disebabkan masing2 tak pernah daki lagi
bukit ni dan lokasi kurang pasti maka kami keluar dari rumah masing pukul
5pagi.Tang ni mmg semangat sampai tak lena tido macam budak2 nak g rombongan
kilang coklat dan Petrosains esok harinya …hehehe.
Peta ke
lokasi Bukit Kutu ialah :
From
KL-Kuala Kubu Baru-empangan KKB-Sungai Peretak-parking sampai ujung skali
sungai Peretak.
Secara
ringkas, laluan trekking awal BK ni kita akan seberang 3 sungai dan 3 tanda
sebalum CP(Checkpoint 4 dan 5)
1. Laluan
Jambatan gantung
Kami memulakan perjalanan seawal jam 8pagi.
2. Laluan
Jambatan senget
3. Redah anak sungai dalam 20-30cm paras kaki. Kene bukak kasut atau kalau terer lompat je batu2 macam acara lompat jauh atas batu kemudian sarung balik kasut.
4. Check
Point (CP4) -papan tanda dah pecah tiba hampir pukul 9.30pagi setelah 1.5 jam
perjalanan menaik(Canak). Kawasan ni mcm bau kambing agaknye tu kot nama gua
kambing. Bole top up air di sini.
5. 20 minit
kemudian tiba tibe di Check Point (CP5)- Kawasan berbatu besar.
6. Final Point – the Chimney
Check point
dibenarkan camping sebab ada 2 sumber air perigi. Kami tiba tepat jam 11.15
pagi maknanya dalam 3 jam 15 minit pendakian (waktu catatan kami berdua).Tapi
jika berkumpulan dan bersama mungkin
cecah 4 jam.
Lebih
kurang 2-5 minit ke atas adalah puncak sebenar Bukit Kutu. Atas tu boleh
memuatkan 20-30 orang dalam satu masa
tapi puncak utama (2 biji batu) terpaksa bergilir-gilir 3-4 org sahaja. Yang ni mmg
aku seram, tak berani nak bertenggek atas batu duduk cokoh camtu je .Ibarat 3
biji kete bertingkat pehtu ko duduk atas
roof kete tu tanpa ape2 bantuan. Sejujurnya, puncak paling gayat dan kedekut
aku penah naik berbanding puncak2 lain phew!!Itu belum kira angin kuat phewww
seram mak!
lagi gamba-gamba di sini:
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
Bersama chenta hati saya sekian kali ke udara..luv u muaah
Ape pon bibu rasa BUKIT KUTU layak bergelar Gunung!
View , halangan yang berbeza dan unik. Keseluruhan naik 3 jam 15 minit dan turun 2 jam 30 minit.Sekian.



Assalamualaikum kak,
ReplyDeleteSy baru nk berjinak2 hiking ni. Untuk bukit kutu ni kena register dgn mana2 pihak x sblm naik? Kalau x tau jalan perlu upah guide utk bawa ke atas x?
TEBING TINGGI BACKPACK
ReplyDeleteGUIDE SERVICE
LICENSE NO:TG9600
ANDY 017-9997790
andynafiz.blogspot.com
DeleteGuide service include forestry permit
N police report
TEBING TINGGI BACKPACK