Thursday, April 10, 2014

Bukit Kutu with TJF -5 April 2014

Mendaki Bukit Kutu/Gunung Kutu lagi.
Kali ni bibu bersama kwn member TJ Fun Workout. Walaupon tak ramai yang sahut cabaran, sedikit tak pe. Yang penting semangat mereka yang sangat kental berbekal keinginan yang tinggi. Kali ni kakak ikut serta. Bibu tak halang kakak ikut serta, tau had kemampuan de, mmg de sangat berani (mana tumpah kuah hehe). Bagi beginner, dinasihat jalani latihan cardio/jogging/running/naik turun tangga 10-20 level 4 kali seminggu sebelum memulakan pendakian sebab tahap kalori dibakar semasa pendakian buleh cecah 2000cal.

Sedikits tips brg2 yang diperlukan sebelum memulakan pendakian:

1. Sepersalinan baju - buleh tinggal dlm kerete.
2. 2 botol air mineral 500ml each atau hydropack 1 litre penuh.
3. 1-2 botol energy drink - 100 plus/redbull silver
4. Energy bar seperti snickers, cloud 9, roasted bar
5. Ubatan
6. Towel kecil
7. Nasi berlauk/roti

Walaupun cuaca agak mendung dan suram, tak mematahkan semangat kami untuk meneruskan pendakian. Malam sebelum hujan turun, jalan lembap licin dan perlu hati2 setiap kali melangkah. Kami ambil agak lama masa naik 4 jam dan turun 3 jam. Sejam dihabiskan dipuncak. Kabus agak tebal, nampak kesan2 terbakar sebab kemarau akibatkan tanah umbut cepat terbakar. Agak sedih juga tgk keadaan trek agak serabut dgn pokok tumbang. Tapi itu satu cabaran dan mereka semua berjaya tempuhi tanpa sebarang komplen. I'm so proud of them!!!Jangan tak caya, kakak2 gym tu berumur 45 dan 52 tau!!

1st Version


2nd Version





Note:
Above video powered by Go Pro Hero 3+ HD video camera. Love it much!!Tq hubbyyyy

No comments:

Post a Comment