Friday, May 31, 2013

Our trip to US..................S (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas.Trip ke Singapura ni bibu plan tak lama. Tak sampai sebulan. Kira tergopoh-gapah juga menggoogle tip2 yang boleh digunakan (ye ke..padahal sekian lama duk baca travel log org kihkihkih). 

Kami pergi Jumaat menuju ke JB dan stay di Tune Hotel. Pertama kali menginap, sebab bajet nak tido je  walopon bilik agak kecil (2 katil) Alhamdulillah masih selesa.Tiket USS bibu beli online.Begitu juga hotel dan shuttle bus melalui Tune Hotel juga online. Okeh. Sampai2 di hotel, cek in terus ke kaunter Odessy coach untuk menempah seat  bus. Seawal 7.15pagi esok kami kene berada di lobi hotel.Masa ni kanak2 sgt cargas, dengan skali perintah " Anak2!cepat bangun nak pegi USS tak (sebelum tu pastikan mereka disaji dgn gambar2 USS dari kawan2 di FB ye). Maka secepat kilat mereka bangun dan mandi tanpa ada yang masih melepek, tertonggeng dan sebagainya (saaaaangat cargas bile bab berjalan) *_*. Perjalanan pula mengambil masa 2 jam. (sejam di Hiway) dan setengah jam di Imigresen Malaysia seterusnye setengah jam lagi di Imigresen Singapura). Masa ni kalut nye org jalan punya laa laju2..aku je terkedek2 lari berganti2 dgn Abie dukung Umair hehe...

Ok. sudah sampai.Kanak2 ni dibiarkan lepas dgn pengawasan Abi sementara bibu pegi tuka tiket di kaunter Guest. Masa ni orang ramainya heeeee nasible kamu labu dtg hari Sabtu.Globe tu tade masa laa yg orang tade. Tepaksa bergambar bersama2 macam satu rombongan gitu *_*
Ok mula2 pastikan ambil pamplet ini sebagai rujukan. Kite mulakan dari belah kiri dulu.Sepanjang pintu masuk ialah Hollywood station. Bibu lalu je snap sekeping dua terus maju.Oh ya stroller tu bole disewa SGD10 single, SGD15 double.

Stesen 2 : Madagascar
Madagascar ni masuk2 dah nampak pokok dan kapal yang sgt2 besar ni.Masa ni maskot2 belum keluar.Awal lagi jam 10.30pagi.Bibu dan kakak masuk water boat show. Masa ni baru terasa kalo bwk kanak2 bwh 2 thn kene gilir2 jaga dan amik turn (hehe iye pasraaaaah). ^_^.Dalam gua tu bolelaa tgk binatang bercakap dan bergerak sesekali mereka sembur air kat kita.Chiss agak kurang ajar juga mereka ni but it was really fun though!!


                    
Dalam Bot
Keluar2 je dari bot, show Madagascar dah mula dan sesi bergambar2 pon diteruskan tapi KENE BERATUR.Dapat bergambar dgn Alex je, masa ni peluh dan mula curah2 dah mula panas. 

Stesen ke 3 : Far Far Away Kingdom
Lepas tu kami ke Far Far Away stesen. Rumah Shrek ni agak semak..dah dia sibuk entertain orang kan?rumah terabai hahaha..
Masa ni Puss in Boots baru nak keluar so kami org pertama spot de..Umair takut hahaha. Sebelum tu Abi, kakak dan Nuha naik Dragon Ride tu. Sian Nuha sampai pucat2. Laju rupenya.Seterusnya kami masuk 4D show Shrek. Best giler duk dlm cinema de siap terasa kene sembur air dan ada  sesuatu kacau kaki kite.. hohohoh kene bersila next time!!Ape2 action dlm muvie tu kite buleh rasa even kusi de gegar2 (scene naik kereta kuda). OhMaKaw!!
Kami tak jupe Shrek dgn Fiona.Tah mana mereka menyorok huhuhu

Stesen 4 : Ancient Egypt
Ok sini banyak monumen besar. 2 orang laki2 tinggi ni baru je keluar masa kami sampai. Kami orang ke2 bergambar hehe Alhamdulillah tak perlu Q lama. Kemudian kami beratur lagi nak naik jeep melalui Treasure Hunters.Punya lama okeh Q sampai sejam tapi ride jeep tu alaaaaa 5 minit x sampai..wat hangin je .Setakat tengok ular bersisssss dan eagle patung gitu2 serta scorpion berjalan =_= 
Tak berbaloi langsung.Kemudian bibu dan Abie gilir naik satu ride ni gelap dalam gua.Gile gelap laju plak tu dan suspen bile pintu gua ade air terjun betul2 seinci je dari ride.Bibu tengok kelam kabut ade sesetengah penumpang bwk kuar baju ujan. hahahaha..tapi gimik semata-mata..gua terkene beb! >_<



....to be continued

Thursday, May 23, 2013

Little Umar - Umair

This cute fella will turn 2 by 11 July. Sooner he will no longer a baby...A toddler now sob sob. 
I missed the very first day he starts jiggling, mumbling,crawling, teething,laughing and etc. ^_^

Ps:
Tomorrow we are taking kids abroad. Our first oversea's trip.Can't wait!!

Monday, May 20, 2013

Bandung Trip 1st May-4th May 2013 :Tips and Tricks (Part 4..Finale)

OK. Final episode.
Walau apa pon sebelum nak ke Bandung, bibu dan kawan2 memang banyak buat rujukan dari sape yg dah pernah pergi, baca bloggers dan lain2. Kita hanya merancang, tapi Allah yang izinkan. Betul?Syukur perjalanan kami dipermudahkan semuanya. Niat kene baik dan ikhlas. (Cewah ayat). 
Gambar makanan ni antara yang disarankan oleh kwn bibu, Kak XX. Tak rugi mencuba kan?Jus Alpokat, Kerak Telur, Murtabak San Fransisco, Apam cheese Choc, Bakso, masakan padang/sunda.Kami dah rasa.
Tak lupa juga brownies Kartika Sari.
 Lagi satu gamba puas aku tuka save..takmo tegak cawan tu..aihhh
Bergamba sebelum kami bertolak ke Airport jam 6pagi. 6 pagi ye tuan2 dan puan2!! Jam 4.30am semua dah bangun. Sewa 2 van Ind 200,000 (RM60). Satu van untuk kami, satu van untuk luggage sahaja!Flight kami kol 8pagi dan tibe di tanah air tercinta jam 11.10 pagi.. Selama 3 malam bibu di sini, bibu bangun awal kol 5pagi dah terjaga, subuh (4.40pagi) di sana sangat2 meriah jelas dengar beserta bacaan ayat Al-Quran merata-rata. Karoke dangdut juga tak kurang meriahnya kedengaran  sebelum itu hohoho
Ok ini antara hasil tuaian.
Jubah
Jubah turqoise tu RM50 kain sulam dan tempah RM57 siap dalam masa sehari!material de cotton lembut dan sejuk. 
Swimming suit
Baju swim kakak n Nuha RM40 okla murah tu..cer tgk kat kedai sini mahal kan?RM80-90. 
Baju Blouse, thsirt dan baju tidur anak2
Baju blouse Nuha n Kakak dalam RM25 each aku rembat kat ANAKECIL. Kalo KL mau RM59-89.90. 
Kain telekung
Telekung oh ya ade gak aku beli sulam 3 pasang RM33 each (lupa nak amik gamba) tapi sejuk kain de. Nak bagi mak, diri sendiri dan satu orang kirim. Telekung budak yg tengah tu murah je RM10 (3 pasang). Yang bawah tu mahal sket RM25 -30 sebab beg de buleh wat sejadah (2 pasang beli).
Kain Pasang
Kain pasang overal aku beli total 55.5meter yang mana aku jual balik 3 pasang (12m)hehehe..kain pasang buleh dapat RM30 untuk 4 meter. Kain lace kalo anda tak beli rugi. Kalo kat sini Euro moda ke Gulatis lace yg lembut dan bermanik tu makan RM200-500 per meter. Tapi kat sana serendah RM80-200 sahaja.
Tshirt Bandung
Secara purata 100,000 rupiah dapat 5 helai (RM6-7) sehelai. Ade satu Tshirt Hard Rock beli kat Abie RM25.
Fridge Magnet dan keychain
Aku tak ingat bape. cam mahal rasanya tapi beli keychain di Tangkuban murah.
Baju Batik
Baju batik beli 3 helai (suami, abah, adik laki) aku pon tak hingat bape hehehe rasa tak sampai RM20 each.
Jubah dan blouse
Aku tak sempat beli, masa dah suntuk dan duit abis hahaha

Jadi agak2 berapa kene bawak ke Bandung dengan jumlah di atas?Sekurang2 RM2-3K. Ini yg berhemah ye puan2..yang tak berhemah mungkin lebih hehehehe..walau apa pon rancanglah perjalanan anda sebaiknya. Insha Allah dipermudahkan. Amin.
 Last but not least. 
Gambar kenang-kenangan yang bibu suka sangat!Ni kira reunion semula after last reunion 2010. Tak kurang jugak ada yang marah2 (geng2 sekolah lain). Bukan niat tak nak pelawa, tapi nak organize ramai2 rasa bukan senang. Ini pon dah huru hara hehehe. Tapi mmg senang nak bergerak kalo jumlah tak ramai. Betul tak?next trip tatau lagi bergantung kepada kelulusan Pegawai Kanan Imigresen di rumah *__*

Dedicated to my frens above :
Thank you all for making our journey as most happening, exciting, incredible and remarkable experience!!Luv luv Muaah!

Bandung Trip 1st May-4th May 2013 :Tips and Tricks (Part 3)

Ok dah abis hari ke 2. Meh tengok hari ke 3 pulak.

3rd May 2013
Hari ni kami ke kawah Tangkuban Perahu yang terletak kira2 40km dari pusat bandar. Cuaca agak cerah dan suhu sederhana saje. Sepanjang perjalanan tu boleh lihat pemandangan kebun sayur dan kebun teh lebih kurang macam naik cameron la kiranya. Agak terik juga bile sampai atas tapi sejuk sket. Pak Supir kata kalo cuaca hujan suhu lagi sejuk. Kami sempat singgah ke kebun strawberi sebelum naik. Tapi bibu rasa tak perlulaa stoberi picking sangaat. Aku tengok stoberipon tak banyak. Mungkin ramai orang dah petik agaknya.
Kejadian kasut crocs kakak yang bibu beli di Pasar Baru semalam. Bile pulak ko beli kasut kaler pink kakak? bukan semalam beli kaler putih?hahaha sengal sungguh ibu nih!beli sendiri tak perasaan rupenya warna de bertukar biler kene panas.. hehehe
Lagi pemandangan sepanjang perjalanan. Tiket masuk seperti tertera di atas. Semua penumpang kene caj kecuali pak supir. Oklaa under bajet. De pon bukan kira sangat. Men rambang je kira aku tengok.Bila sampai atas SubhanaAllah. Cantek pemandangannya. Ramai juga orang. Penjual juga tak kurang hebat terus menghurung kami. Tapi kami tau kami kene jadi pekak sepekak yang mungkin. Woh!Itu keje senang!Dah memang aku suke wat pekak kalo orang bising2 ni hahahhah
Some random snapshots!Tangan yang cikeding tu opkos laaa tangan aku hehehe. Ade jugak gamba muncung kuar asaplaa..sedang hembus laaa dan mcm2 gaya lagilaa geng2 aku buat. Tapi tak perlula aku tepek di sini.Kang ade yang saman aku pula..kahkahkah. Signboard Wisata ni opkos la waajib difotografikan!Tapi agak2 hangin juga orang2 yg sedang beratur nak tunggu giliran bergambar sebab kami saje ade 3 kamera dan mcam2 posing pulak tu. Bikin hangit jee orang lain hahahaha
 Gamba yg last terbalik ni jenuh dah aku rotate. degil sgt sebijik cam tuan de...eh!
 Hoh!camnilaa rupa kalo masing2 baru lepas kandang ekekekekek
Geng sengal+mak bedah+molot puaka+cik mek molek+molot naga+muke suci+kentut sepah+kaki tido+ kaki raba+kaki muntah semua ada dlm ni macam-macam peel hehehe
            Baiklah. Selepas abis berjalan di Tangkuban kami pon turun bawah. Waktu ni suasana dlm van sgt sunyi sepi. Ade jugak aku snap sekeping dua. Tapi hampeh hantu mana tah yg delete kamera aku..hehehe...air liur basi leleh ade..semua pakat tido masa perjalanan turun sampai aku rasa Pak supir pon berdoa "Alhamdulillah aman sket jiwa raga aku nak bawak kete..kalo tidak huru hara riuh rendah kete aku" muahahahah.
            Kami tak singgah Kampung Daun sebab nak repeat Pasar Baru lagi. Maka kami lunch di Senkuriang Restoren mengikut nasihat Pak supir. Kami order ikan gurame bakar, ikan gurame masam manis, tempe goreng, ayam goreng, tomyam 2 mangkuk kecik, sup ayam, sayur 2 jenis, ulam2 dan air jus. Semua licin lincau. Air jus de memang terbaik. Terasa sungguh ditekak. Aku rasa kat Mesia air jus cam alahai cair sungguh.Ade jugak aku try jus Alpokat yang org duk sibuk2 tu. Tapi pekat sgt sampai aku rasa nak telan kene buh air masak hehehehe..jumlah kerosakan ialah lebih kurang Indr 587,000 lebih kurang RM200 jugak laa tuk 8 orang makan. Hermm agak mahal tapi berbaloi la mkn byk2 gitu kan?
         Destinasi seterusnya ke Pasar Baru semula tapi bajet sejam je sbb nak cari Tshirt yang 100 ribu dpt 5 helai tu. Aku nak cari swimsuit anak2 dan ade kain cotton yg aku nak beli lagi .Tapi blouse ke jubah aku tak beli..ngak cukup uwang ..hampir2 muflis hehehe
Sian anak aku ni nampak mata je uhuk.Ibu tak sengaja kakak!

 Seterusnya ke FO berdekatan. Bibu nak cari baju tuk kanak2. Maka direkemen ke ANAKECIL. Sini lebih kurang FOS kot. Adelaa yg murah cam blouse budak tu leh dpt RM20-30. Tshirt2 lebih kurg cam uptown or FOS kite je.Tapi okla ade yg murah dan mahal. Cuma kene pandai pilihlah. Lepas sini kami semua dah tak larat nak pegi FO ke FO dah. Mase ni masing2 sibuk jadi cikgu Math mengira duit yang berbaki bape sen tah ..kira2 pon sampai tak betul dah sebab tinggal duit kecik je. Nak tukar duit lagi or cucuk duit masing2 malas dah nak pikir..hahaha

Tip buat tak buat (Dos and Don'ts):

1. Bersiap awal pagi juga kalo boleh kol 8pagi dah gerak ke Tangkuban.
2. Pakai ikut keselesaan, bawak shawl dan sunglass. Tapi sana ade jugak jual shawl.
3. Tawar brg yang dibeli separuh harga. Bibu beli spek pink kat kakak. de jual 60k rupiah..giler..aku tawar2  dapat 30K (RM10) hehehe hebat tak?Tapi kesian ade makcik lepas aku..aku x sempat nak bisik kat de..de beli gak rege tu..hermmm
4. Kebanyakan yg jual stoberi dan raspberi kat atas mmg manis..aku dah tau celup gula..tapi anak nak jugaaaaak..tapelaa kasi can laaa makan stoberi celup gule mihahaha

Dah.Selesai hari ke 3 bersambung lagi.....(penat gak nak karang kalo pegi seminggu mau part 7 ade hehehe)

Friday, May 17, 2013

Bandung Trip 1st May-4th May 2013 :Tips and Tricks (Part 2)

Okeh. Setelah selesai menghuru harakan villa pada malam pertama, kita tengok pulak kejadian Hari pertama di Bandung. Sebelum tu bibu lupa nak stori masa mlm kami nak ke Villa ni..tgh van bergerak, tetibe nampak seketul makhluk berlari2 dan diikuti 2-3 anak2 muda juga lari bertempiaran menyelamatkan diri. Kami tak kisah bab berlari-lari tu. Yang amat kisah tu elok je nampak makhluk tu berlari mengejar tanpa ape2 menutupi bahagian belakang beliau. Maka boleh agak tak keadaan kami cane?bergegar rasa masing2 menjerit tengok.kahkahkah.Paling tak bley blah sian anakku..duk di pangku Acik Linda di depan sebelah driver..hahaha adeh rusak minda anak hahahaha.

2nd May, 2013
Ikut jadual pagi2 tu patut terus ke Pasar Baru seawal yang boleh sebab tak sabar nak abiskan duit yang banyak ni ahhaha  merasa kau jah jadi jutawan...at least. Tapi Supir Darso aka Afgan kata de nak bwk ke kedai bos de dulu. Jom tengok ape ada.
(kakak dan kawan baru, sama umur tapi size tak sama hehehe)

                Kedai Pak Teddy ni agak kecik tapi Econ ada siap hidang air dan kacang2. Buleh juga bersila dan bersidang bagai. Kat sini bibu beli kacang2 dan pisang cheese salai. Kain sulam juga tak kurang hebat masing2 memborong. Malah kami juga boleh menempah baju. Malam nanti de dtg hotel, ukur2 bdn kemudian esok mlm pulak de hantar. Memang best. Upah RM57 sahaje. Mane ko nak cari kat Mesia org dtg umah ukur2 dan siap anta kain dan siap jahit dlm masa sehari dengan upah RM57..ada? ada? Aah ada, melainkan ko PM or Dato Michelle Yeoh muahahhaha. OK. Sape nak pegi kedai ni, sila ketik tumbesaran gamba atas ni ada nomor talipon nyaah.

Ok destinasi seterusnya PASAR BARU.
                   Kebetulan kami pergi ni bukan cuti umum di sana atau cuti sekolah. Memang waktu yg sgt2 sesuai!.Orang pon tak sesak sgt. Dan jalan agak sederhana macet.Oh ya kain lace tu wajib beli..sgt2 murah.RM8 per meter kau!!!Tapi yela material tak sehebat RM80 semeter (kes ni aku takmo citer panjang sgt dan wat rasa geraaaaam je hahaha) Nampak aku tgh matching lace turqoise pink ngan kain biru..ahaks!Tapi bagaimanapon puas hati dpt beli kain2 kat sini walopon agak kuciwa TOKO ABANG dan Vogue tak jumpa :(..pendek kata ko buleh berabis RM1-2k di Pasar Baru sahaja. Telekung, kain batik, Baju batik..dan macam2 lagi.
                    Ok perut dah lapar, memasing dah melepek kat kedai cam nak putus kaki, kami pon keluar dari Pasar baru sekitar jam 3ptg menuju ke sebuah restoren masakan padang ke sunda tah.. Lupa hehehe
                Boleh tahan juga makanan2 di situ. Kami habis dalam 300k++ rupiah tuk 8 orang (RM100++). Dah Solat semua destinasi seterusnya ialah ke TOKO 3. Tapi bibu tak feel sgt nak beli jeans sbb tak jumpa jeans yang berkenan. Agak boring di situ. Destinasi seterusnya amik sample brownies di Kartika Sari. Depan Kartika sari ada pulak mamat berkaler silver nih. Aih kesian aku tengok.Kempas kempis perut cam thn lapar. Bagila sedikit tips kalo nak bergambar. Aku bagi RM5 hehehe belom yg lain2. Masyuk dah mamat tu kan?
             Lepas abis wang di TOKO 3, kami sambung ke FO cam Secret, Grande, Heritage, Cascade. Tapi aku tak beli ape sebab tak berkenan dan rasa lebih kurang je cam kat sini. Agak mahal jugaklah.Cuma tang branded tu I no komen. Masing2 punya citarasa masing2. Ape2 pon tak rugi je kalau masuk sekadar membandingkan dan mencuci mata (padahal duit dah nak abis wakakkakaa). Malam tu kami dinner dengan bakso (tapau) sahaja.

Tips buat dan tidak buat (Dos and Don'ts):

1. Bersiap dan keluar seawal pagi dalam kol 8pagi dan menuju ke Pasar Baru (PB).
2. Bawak beg troli kecik memudahkan perjalanan di dlm PB atau suh je supir angkut.
3. Jalan satu group. Jangan berpecah.
4. Tawar separuh harga kalau mampu. Kalau tak mampu..tadah jela duit.
5. Di PB sesuai beli kain pasang, telekung, Tshirt Bandung, Jubah. Oh ya outer dress juga sgt2 murah. Bibu beli dlm 45k rupiah shj (RM15).
6. Tukar duit di tingkat 7 jika anda kehabisan wang..tapi rate mhl sket berbanding tukar di Malaysia.
7. Jangan layan orang yg tawar jual keychain, Tshirt dan sebagainya sbb mereka sentiasa ikut kite..kami terkena. elok je beli..jam tu jugak ade lagi tawar lagi rendah. Beli FM 50K tuk 2 peket.Lepas tu dtg sorang lagi...beli 2 free 1. cam cilakak *__*

 Ok.bersambung Part 3........

Thursday, May 16, 2013

Bandung Trip 1st May-4th May 2013 :Tips and Tricks (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim.
Lama tak menulis.Sibuk dan menyibukkan diri hehe.
Nak cerita trip yg di rancang setahun yang lepas. Trip bibu bersama geng sekolah menengah dulu seramai 6 orang dewasa dan 2 kanak2 berumo 10 thn termasuk anak sulung bibu, kakak Syuhadah yang dotot. Tak kisahlaa org dah pergi ke belum bibu nak tulis untuk rujukan bibu sendiri dan sape2 yang nak tau silakan. Easy reading and free. ^_^. 
Kami beli tiket masa sale Free Seat AA dengan harga RM198 per pax without luggage pergi dan balik. Murah tak? Tiket dah beli, bajet untuk hotel, pengangkutan, cukai dan sebagainya melalui kutu yang ditabung seorang RM50 bermula May 2012 - March 2013 (RM500) seorang. Agak pening juga mencari hotel yang sesuai. Bibu booked melalui booking.com iaitu Villa Damar (pencerahan hotel di bawah). 
Flight kami 3 kali bertukar jadual. Sekejap awal, sekejap lambat, dan awal balik. Pening mak!Tapi semasa hari berlepas, Alhamdulillah tiada penukaran lagi.On time!Tapi agak rugi sebab dapat tiket murah sampai Bandung dah malam. Tape.Kami2 yang pergi semua ladies yang cargas. (cargas saangaat).
Itinerary adalah wajib walopon x semestinya betul dan tepat. Yang penting ada perancangan ye kawan2.
Alhamdulilah pergi dan balik seat kami dekat2 semuanya.Tq Allah atas kemudahan ini.
Wajib sekupang 2 amik gamba sebelum berlepas. Muka excited masing2. 2 orang tiada dlm gamba.
Tag yang dibuat khas oleh kwn bibu, Cektat. Mak Jemahla saaaagat!
Kepoh hingar bingar departure hall AA cam rombongan cik kiah 30 org kekdahnya!
A-must-take-gamba-sayap kapai!hehehe
Kakak menikmati nasi ayam.Sedap tak kakak?
My portion - ayam pepper. Bulehlaa tahan tapi potato de tidak ku gemari and sayo soggy sgt.
(bajet komen mastercef puiiii)
AA indo yang kami naiki. (eh ni kapai masa balik hehehe) Masa pergi dah agak gelap kihkih
*
Gambo Bandung airport tade sampai dah malam kol 7.50 mlm.
Akhir skali Villa yang kami duduk di Jalan Setiabudhi area FO selama 3 mlm bernilai RM1240. Bahagi 6 orang RM206 sekepala. Mahal?mungkin. Tapi berbaloi dan sgt sesuai kalau nak duk ramai2 dalam sebuah rumah. Yang bibu booked ni Junior suite, ada 2 toilet, mini kitchen, guest room, dan loteng atas berserta 3 king size bed yang membolehkan kami bercakaran, golek2 , gomol2 dan borak sakan sampai rasa nak runtuh..erk!!

Tip buat dan tidak buat (dos and don'ts) hari pertama:
1. Beli tiket waktu AA free seat.
2. Google dan survey hotel ikut recommendation and rating.
3. Tukar duit siap di Malaysia sbb bagi aku tukar di sana adalah kurang menguntungkan. Beza sangat2 30-40k rupiah.
4. Bawak satu luggage besar dan satu luggage cam troli untuk kemudahan di Pasar Baru kalo takmo buleh arah supir je angkut semua brg2 naik ke van.
5. Sewa kete untuk 2 hari suntuk.
6. Bawak baju 3-4 helai and suar 2 cukup. Tudung pon 2 je..recycle or basuh kalo jenis tak leh pakai 2 hari suntuk cam aku neh hehehe
7. Cek in dan print boarding pass awal 2 atau seminggu sblom berlepas.
8. Timbang dulu luggage sebelum cek in luggage (seram sejuk kami, ngam2 saje 50 kg masa pergi hahaha..thanks to Linda sebab tak bwk luggage..rock sungguh kau ye..dari opis ngan backpack terus ke airport..heybaaat fren!).
9. Print kecik conversion rate. Tapi kalo dah sampai sana dah boleh agak..semua kene  bahagi 3 aje.
10. Asing siap2 duit hotel, transport, airport tax dan lain2.
11. Beli luggage online. Cam bibu pergi beli 25kg tuk 2 nama (50kg) - 5 luggage beso kosong, balik 30kg tiap seorang  itupon masih berbaki 39kg hehehe...tadelah sakan sgt kami..berhemah sungguh shoppingnya. Cam baju2 tu buhlaa dlm backpack masing2.Kalo takpon buh jela dlm luggage.

Okeh selesai Hari pertama hehehe...bersambung.

Monday, April 15, 2013

Umair's 1st haircut

Bismillahirahmanirrahim.
Wah tajuk omputih..dah cam style omputih you nak ada momen potong rambut anak.Tapi makan tempoyak (cam tak kene je rhyme) kihkih.
Oklah nak cerita tentang rambut Umair.Mula2 bibu ingat nak bela panjang (rock oo). Tapi bila kadang2 orang salah anggap jumpa Umair dan pair dgn anak de.."eh comelnya kakak ni"..." pegi main dengan kakak" ...bibu rasa eh cam gegirl ke anak aku nih?? hahaha
Maka, semalam kami bawak de kat kedai gunting. tengok molot de tak katup langsung. Tercengang, terkejut, terkedu semua ada hahahha. Elok je de duk diam.


(mamarazi sibuk amik gamba and video kaaaah)
kakak2 de pula berdiri keliling 

tadaaaaaaaaaaaaaa
lain kan rupa Umair skarang?nampak boboi2 sangat. Balik2 sampai rumah terus lari ke bilik Maksu nak tunjuk tapi Maksu tade keluar..kikiki soooo boboi's look!!!

Note: Yang gamba de nangis tu bibu dera de cabut puting sebab nak amik gamba hahahahah

Tuesday, April 2, 2013

Momen indah dan sedih

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa nya agak lama tak update dek kekangan masa dan mencari masa yang sesuai. Setahun yang lalu, bibu dan keluarga belah mak, berhari keluarga di Limastiga, tempat yang seperti Tahun lepas sila KLIK. Tahun ini kami rancang tempat yang sama lagi memandangkan ada yang tak dpt pergi thn lepas. Tshirt pon baru turqoise. Aktiviti mcm biasa makan, makan dan makan. Main air, gosip, bergamba2 dan mcm2 lagilah. lebih kurg 50 lebih org dpt serta. walopon bermacam2 halangan dan dugaan ditempuhi, selamat juga kami anjurkan hari Keluarga Haji Dahlan. Tahniah semua yang hadir, tukang sponsor Tshirt dan semua2lah masing2 menyumbang tak kira wang ringgit dan tenaga. 2 thumbs up!!

Mungkin banyak kenangan dan gambar tapi bibu tak dpt nak upload. Memang inilah hari yang sepatutnya di nantikan untuk mengeratkan ahli keluarga  masing2. 

Tapi sminggu lepas kami berkumpul, 30.3.13 kami dikejutkan dgn berita pemergian Muhammad Feerdaus, sepupu bibu (ibu arwah mak saudara bibu). Arwah terlibat dlm kemalangan di Wetland, Putrjaya. Kami semua rasa sgt terkejut sbb arwah pergi dgn tiba2. Arwah anak sulung, satu2nya anak lelaki tunggal. Memang kami rasa sgt2 sedih. Tiada kata yang boleh diungkapkan apatah lagi kami semua rapat. Selalu bersembang dlm group famili :(. Arwah sememangnya anak, abang, adik saudara,anak saudara dan cucu yang baik bagi kami. Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan arwah selama 24 thn dlm keluarga kami.


Kak ri (panggilan bibu dlm keluarga kami) doakan kesejahteraan Daus di alam sana, smoga ditempatkan di kalangan org2 yang beriman dan solehah. 
To my aunt, uncle and adik2 arwah smoga  kalian diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh dugaan ini. Sesungguhnya Allah tidak memberi kita ujian melebihi kemampuan hambaNya. Al Fatihah.

Note :
Takziah juga untuk Abg Abil yang kehilangan isteri tercinta, Kak Gee pagi tadi. Smoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amin.

Friday, March 1, 2013

2 bende lasak I nak buat

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru teringat.
2 bende yang bibu teringin nak buat sangat.
1. Paragliding
2.Daki Gunung Kinabalu

Sejak join dance class, bdn rasa bertenaga dan mula la berangan sihat dan kuat tenaga cam pelumba 4x100m. I love being fit!!cergas kaki pon tahan lama nak berjalan dan berdiri lama. Ade 2 bende bibu nak buat sangat selama ni iaitu :

Paragliding
Teruja tgk sukan ni masa kat Langkawi 2011. Mcm best je (gamba ni bibu rakam masa tu tgh boyotkan si Umair tu. Tensen je gua duk je kat pantai menyaksikannya hahaha. Nanti 17-19 March bibu nak cuba lah!!

 Yang ni di Bukit Jugra. Ada rencana dalam M3 hari tu. Pon geram je tengok hhehehe. Tape I dah cube mintak quotation dan tarikh yang sesuai. Kita tunggu!!

Daki Gunung Kinabalu
Ini pon I nak sgt buat sebab last keje kat Subang dulu I terlepas peluang ni bile kelab komuniti anjurkan trip GK. Masa tu I sibuk buat persiapan kawen. Dahla company trip. Staff bayar 300 je. Murah.Tape I akan fit bdn betul2, bila anak2 dah besar lagi 5-6thn I nak cuba daki! jap2 masa tu umo aku dah 40 an ke?larat ke hahaha

Tuesday, February 26, 2013

Mood yg lemau

Bismilahirrahmanirrahim.
Mood agak lemau.
Menghitung hari2 bekerja. Rencana Jadual perjalanan/aktiviti sepanjang tahun 2013
Jan13 - balik menebas kebun
Feb13 - Trip kengkawan
Mar13 - Famili Trip 17th-19th, Trip 23th-25th
Apr13 - bekerja sepenuh bulan
May13 - personal Trip 1st-4th , balik menebas dusun
June13 - balik menebas dusun
Jul13 - fasting month
Aug13 - Raya , majlis kawen adik pompuan 
Sep13 - balik menebas dusun 
Oct13 - balik menebas dusun
Nov13 - balik menebas dusun , short trip
Dec13 - balik menebas dusun , short trip

Ye, tula agaknya rutin yang akan dibuat. Mengejar impian, impian dan impian. Berangan nak buat 'Pak Deris Lodge' hahaha 
Sian the only pokok atas meje bibu dah mati.
tipu la ahso tu ckp pokok ni buleh idop dlm opis. :-(