Monday, April 15, 2013

Umair's 1st haircut

Bismillahirahmanirrahim.
Wah tajuk omputih..dah cam style omputih you nak ada momen potong rambut anak.Tapi makan tempoyak (cam tak kene je rhyme) kihkih.
Oklah nak cerita tentang rambut Umair.Mula2 bibu ingat nak bela panjang (rock oo). Tapi bila kadang2 orang salah anggap jumpa Umair dan pair dgn anak de.."eh comelnya kakak ni"..." pegi main dengan kakak" ...bibu rasa eh cam gegirl ke anak aku nih?? hahaha
Maka, semalam kami bawak de kat kedai gunting. tengok molot de tak katup langsung. Tercengang, terkejut, terkedu semua ada hahahha. Elok je de duk diam.


(mamarazi sibuk amik gamba and video kaaaah)
kakak2 de pula berdiri keliling 

tadaaaaaaaaaaaaaa
lain kan rupa Umair skarang?nampak boboi2 sangat. Balik2 sampai rumah terus lari ke bilik Maksu nak tunjuk tapi Maksu tade keluar..kikiki soooo boboi's look!!!

Note: Yang gamba de nangis tu bibu dera de cabut puting sebab nak amik gamba hahahahah

Tuesday, April 2, 2013

Momen indah dan sedih

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa nya agak lama tak update dek kekangan masa dan mencari masa yang sesuai. Setahun yang lalu, bibu dan keluarga belah mak, berhari keluarga di Limastiga, tempat yang seperti Tahun lepas sila KLIK. Tahun ini kami rancang tempat yang sama lagi memandangkan ada yang tak dpt pergi thn lepas. Tshirt pon baru turqoise. Aktiviti mcm biasa makan, makan dan makan. Main air, gosip, bergamba2 dan mcm2 lagilah. lebih kurg 50 lebih org dpt serta. walopon bermacam2 halangan dan dugaan ditempuhi, selamat juga kami anjurkan hari Keluarga Haji Dahlan. Tahniah semua yang hadir, tukang sponsor Tshirt dan semua2lah masing2 menyumbang tak kira wang ringgit dan tenaga. 2 thumbs up!!

Mungkin banyak kenangan dan gambar tapi bibu tak dpt nak upload. Memang inilah hari yang sepatutnya di nantikan untuk mengeratkan ahli keluarga  masing2. 

Tapi sminggu lepas kami berkumpul, 30.3.13 kami dikejutkan dgn berita pemergian Muhammad Feerdaus, sepupu bibu (ibu arwah mak saudara bibu). Arwah terlibat dlm kemalangan di Wetland, Putrjaya. Kami semua rasa sgt terkejut sbb arwah pergi dgn tiba2. Arwah anak sulung, satu2nya anak lelaki tunggal. Memang kami rasa sgt2 sedih. Tiada kata yang boleh diungkapkan apatah lagi kami semua rapat. Selalu bersembang dlm group famili :(. Arwah sememangnya anak, abang, adik saudara,anak saudara dan cucu yang baik bagi kami. Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan arwah selama 24 thn dlm keluarga kami.


Kak ri (panggilan bibu dlm keluarga kami) doakan kesejahteraan Daus di alam sana, smoga ditempatkan di kalangan org2 yang beriman dan solehah. 
To my aunt, uncle and adik2 arwah smoga  kalian diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh dugaan ini. Sesungguhnya Allah tidak memberi kita ujian melebihi kemampuan hambaNya. Al Fatihah.

Note :
Takziah juga untuk Abg Abil yang kehilangan isteri tercinta, Kak Gee pagi tadi. Smoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amin.