Thursday, April 10, 2014

Sexy cakes

 Lama tak update tentang kek.
Hilang minat?
Tak.
Masih berminat apa2 saje tentang kek. Tapi bibu terpaksa hadkan mengikut masa. Sejak 2 orang anak sekolah ni sibuk tak terkata. Bayangkanlah kalau 4 org sekolah.Pitam.Hari biasa mlm sibuk anta anak tusyen, pegi zumba, malam penuh aktiviti. Weekend je ade masa nak rehat. Tapi bibu puas. Badan dah tak penat mcm dulu. Dulu penat2 tumbang tido, bangun pagi masih terasa penatnya.
Minat buat kek ni masih diteruskan cuma kekangan masa je. Kek bwh ni (sexi kan?) bibu dah lama sangat nak buat hehe walopon agak sensored *****. Ala kek je kan?hahaha
Kek ni sepenuhnya kek lobak cream cheese dan salut fondant. Kek ni khas untuk salah seorang tecer gym. Bibu suka sgt de selalu ceria dan menceriakan org. Jadi on her bday apa salahnya bibu buat sebagai token utk kak siti. Salute umur de 50 an tapi sihat cergas!.



Wish u happy long return and much success fi dunia wa akhirah kakak!!

Note:
Birthday 21 Mac 2014..lama dah tapi baru teringat nak update ^_^



Bukit Kutu with TJF -5 April 2014

Mendaki Bukit Kutu/Gunung Kutu lagi.
Kali ni bibu bersama kwn member TJ Fun Workout. Walaupon tak ramai yang sahut cabaran, sedikit tak pe. Yang penting semangat mereka yang sangat kental berbekal keinginan yang tinggi. Kali ni kakak ikut serta. Bibu tak halang kakak ikut serta, tau had kemampuan de, mmg de sangat berani (mana tumpah kuah hehe). Bagi beginner, dinasihat jalani latihan cardio/jogging/running/naik turun tangga 10-20 level 4 kali seminggu sebelum memulakan pendakian sebab tahap kalori dibakar semasa pendakian buleh cecah 2000cal.

Sedikits tips brg2 yang diperlukan sebelum memulakan pendakian:

1. Sepersalinan baju - buleh tinggal dlm kerete.
2. 2 botol air mineral 500ml each atau hydropack 1 litre penuh.
3. 1-2 botol energy drink - 100 plus/redbull silver
4. Energy bar seperti snickers, cloud 9, roasted bar
5. Ubatan
6. Towel kecil
7. Nasi berlauk/roti

Walaupun cuaca agak mendung dan suram, tak mematahkan semangat kami untuk meneruskan pendakian. Malam sebelum hujan turun, jalan lembap licin dan perlu hati2 setiap kali melangkah. Kami ambil agak lama masa naik 4 jam dan turun 3 jam. Sejam dihabiskan dipuncak. Kabus agak tebal, nampak kesan2 terbakar sebab kemarau akibatkan tanah umbut cepat terbakar. Agak sedih juga tgk keadaan trek agak serabut dgn pokok tumbang. Tapi itu satu cabaran dan mereka semua berjaya tempuhi tanpa sebarang komplen. I'm so proud of them!!!Jangan tak caya, kakak2 gym tu berumur 45 dan 52 tau!!

1st Version


2nd Version





Note:
Above video powered by Go Pro Hero 3+ HD video camera. Love it much!!Tq hubbyyyy