Dah lama
sangat bibu teringin nak daki bukit dan gunung semula. Cita-cita tu besar tapi
kemampuan terbatas. Selepas 13 thn
berehat dari sebarang aktiviti lasak camni, rasa-rasa stamina masih ada tak? (Tarik
nafas panjang2 dan pejam mata).
Rasa tak
boleh.
Tak mampu.
Penat.
Semput.
Tercungap-cungap
walopon daki 3 anak tangga ofis.
Amik
oksigen.
Migrain.
Seram sejuk
peluh.
OK.
Itu adalah scenario
sebelum bibu join satu Fitness Centre-TJ Fun Workout. Rasanya bibu betul2 dah
jatuh cinta dengan aerodance, salsa, line dance dan Zumba. Seminggu 1-2 kali
wajib hadir. Paling best kelas ada parti2 dan hanya wanita sahaja eg. Parti New
year, Parti raya, Parti CNY dan etc. Ada tema pakaian dan warna. Memang meriah.Tapi
satu je aku suka sangat ialah :-
M.A.K.A.N
Paling2
best. Meriah sangat dengan makanan. Oleh sebab badan aku cekeding tak kisah
berapa kalori buleh amik (tanggapan yang agak salah sebenarnya). Maka aku akan
makan dari awal sampai abis. Orang lain sibuk dance2..aku lite2 ..kadang takat
angkat2 tgn dan kaki je amik syarat sambil menimbulkan kejelesan melampau member2 lain
hehehehe.
Ok pic di bawah ni credit to kak Siti Zubaidah atas kerajinan beliau membuat kolaj.Luv u.Muahhhh.Tq bagi izin share sini. Meriah kan??Seme sporting ya amat!!!
Nah sekarang jom tgk aktiviti yang baru kami buat-daki Broga baru-baru ni pada 18 Januari. Bukit yang hanya 675m dari aras laut. Tapi agak mencabar juga masa nak naik puncak.Tangga pon tade.Tali semata-mata siap nak kene tolak bontot dari bawah lak tu heeeee.
Ok.
Jom tgk tips pendakian.Tips ni bibu belajar dari sifu daki2 ni dulu masa bujang2:
MULUT
Tidak dibenarkan sama sekali celupar ye kawan2. NO.NO.NO.Cabaran mendaki ini perlukan mental dan fizikal yang kuat serta niat kene jaga.
TRAINING
Training adalah disaran naik turun tangga tiap hari (contoh kalo ofis anda 10 tingkat apa lah salahnya pagi2 naik tangga je dan kira bape minit bole sampai atas sehari ke sehari ) untuk stabilizekan lutut dan kaki masa mendaki di samping latihan gym.
MAKANAN DAN MINUMAN
Tidak perlu bawak air berbotol2 besar.Lagi banyak minum, lagi pancit. Tapi gunung2 yang memerlukan camping, wajiblaa bwk makanan dan air untuk dimasak.
ACM
Acute Mountain Sickness.
Pening nak muntah dan sakit kepala adalah biasa jika stamina tidak betul2 penuh.(Fitness).
CARA TURUN
Cara nak turun kawasan cerun disaran sengetkan badan dan turunkan salah
satu kaki dulu. Jangan berlambat-lambat. Turun dgn kadar agak laju.Tidak
terlalu laju tetapi lebih cepat dari jalan lenggang kangkung mak limah ke
pasar.
PUNCAK
Dah sampai
puncak, amik gamba dan janganla lengah2 lagi. Setgh-sejam cukuplah sebab orang
lain pon nak selfie2 gamba juga kat situ hehehe (ini kes kalo ramai pendaki la).
KESAN PADA
KAKI
Hui kalo
daki 1000m (gunung) ke atas kompemlaa kaki peha akan jem.Tipu tak jem. Sedikit dan
sebanyaklah. Jadi pandai2lah urut dan sentiasa buh minyak. Kalau tidak urat
keras.
Sekian
tips. Kalo tertinggal nanti I update lagi.Jom layan video team 18 orang ke Broga. Tahniah TJF members!!!

