Sunday, July 22, 2012

Rapunzel bertaring hahaha

Rapunzel bertaring!!nuha punya keje hahaha.Bibir tu tak abis2 ngaku cam bibir de "bu tgk comel molot de cam nuha" ohhhh prasan kamu Nuha!dah la bulu mata pjg siap ade bird rio bertenggek??huahua

Saturday, July 21, 2012

Menu hari pertama buka puasa

Menu hari ni ialah :
ayam kampung masak lemak cili api, ikan sambal(belen sahur pagi tadi)
Kari ikan (org bagi),
home made cucur badak,
Air soya jagung
Sup bayam
Alhamdulillah tidak jejak ke param sebab En K kepenatan bertukang kihkih...tapi sempat lalu param masa amik kakak tadi ya ampun!jem yg amat +huru hara tapak bazar ramadhan tu.
Syukur selesai hari pertama puasa!~

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al Mubarak

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan beroleh keberkatan.Maaf jika tersalah kata dan bahasa yang menyinggung sesiapa yang membaca coretan bibu.I am no one and imperfect.Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.Ampuni dosa kami ya Allah.

Jumaat yang mencabar buat ku

Sepatutnya hari ni adalah hari bergembira kerana Ramadhan.
Tapi Ya Allah byk dugaan hari ni.
Dari semalam tailor tipon baru nak confirm balik potongan baju cane2. Padahal 3 bulan dah bagi baju tu. Ingat de kol nak cakap baju dah siap ke ape.Boleh cakap 2 minggu lagi siap?.hari tu janji sebelum posa siap. Down sungguhla rasa sbb dah plan macam2 nak buat ngan belen kain tu. Nak buat scarf budak2.
Tu yang pertama.
Kedua, hari ni ingat plan nak buat sesuatu yang penting, staff mc. Kenapa la ko coti hari ni Jumaat ek. Tatau ke bos mmg tak suka staff coti Jumaat??
Ketiga, pagi2 pegi keje dah kene pakai helmet busuk sbb smlm ujan tak keluarkan helmet dan baju ujan dari box moto.
hoii sgt2 la bertabah bibu hari ni.

Wednesday, July 18, 2012

Bersabarlah Hati Bibu oiii

Hai bersabarlah hati.
Mood bos aku ni kadang2 ok kadang2 cam haram, tsunami, puting beliung semua ada.
Ni kalo tak bagi bonus 6 bulan ni mmg sajela. Kita bakor opis!!!!!!!!!!!!!!
Lubang idung pon lubang idungla janji interpremmm

Monday, July 16, 2012

Apa yang akan korang buat?

Bismillahirrahmanirrahim.
Kalo korang berada ditempat bibu apa agaknya yang akan korang buat eh. Tapi ni situasi I ler. I tadela garang dan suka cari gaduh. Tapi kalo situasi yang perlukan kita bersuara, maka bersuaralah. Gunakan hak anda yang sepatutnya di tempat awam. Sebab situasi begini mmg biasa berlaku. Berapa ramai yang peluk tubuh dan buat tak peduli saja?

Situasi 1.
Anda sedang beratur menuggu tren monorail.Semua orang beratur 2 barisan dan beri laluan kosong untuk penumpang tren keluar. Masing2 dgn gajet masing2 , ada yang baca buku, gosip dan sebagainya. tetibe kan adala ahkak yang umo 40 an sihat walafiat sebab de ni selalu laju yang jalan kaki sebab mmg biasa kalo pukul 6-7ptg ni orang2 yang sama je beratur tunggu tren, zaas berdiri di tepi anda, buat muka bodoh de, himpit konon buat line padahal 2 line dah panjang ni.Kalo korang ape korang rasa?

Situasi 2.
Sama jugak. Mamat muda sket, baju formal . orang dah beratur panjang 2 line. Tetibe eh sedap de je berdiri tgh2 laluan keluar penumpang, dengan muka selamba sambil dengar lagu.

Situasi 3.
Anda sedang beratur nak keluarkan duit di ATM.Tetibe anda terleka seketika sebab ada orang menyapa hai. tetiba out of nowhere, ada orang potong terus cucuk kad de. APAKAH?????

Jadi apakah yang akan korang buat?
Maka dalam ke 3 situasi di atas, bibu buat pendekatan selamba.Sebab mereka di atas ni kene di ajar cara2 menghormati hak individu lain. 

Situasi 1.
Dah 2 kali terserempak ngan akk ni, 2 kali jugak bibu akan jeling maut kat de.(sebab de berusia sket dan nampak cargas dan aktif, bibu tak bersuara sebaliknya jelingan maut sampai de beralih ke pintu lain) Tak paham bahasa jugak tu. Walhal orang lain pandang je.Being ignorant and tolerant.Kali ke 3 dan seterusnya bila 2 masa de nampak bibu, de takkan cuba buat di line yang bibu sedang q..hahahaha (tau takut ek)

Situasi 2.
Ok.bibu cakap " eh u bole Q tak sebab semua orang Q".Alhamdulilah de akur dan berundur. Hehehehe

Situasi 3.
Pon sama. Molot tu cam otomatik laju je kuar " Eh u tolong Q blakang ye, kami dah q nih".Alhamdulillah de cepat2 kuarkan kad ATM de terus pegi mesin lain hahahah (padahal tinggal nak tekan jumlah duit). Kejam gua kan?wakakaka.

No. Bukan masalah kejam. Bila masa anda rasa perlu keadilan di situ, maka buatlah. Kita di ajar beratur, ikut giliran sejak sekolah kan?kenapa nilai2 tu makin tak wujud?

SEBAB MASIH RAMAI MANUSIA YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN TIDAK MENGHORMATI HAK ORANG LAIN. JADI HAK BIBU BERSUARA, HAK ANDA BAGAIMANA?

Kek RV

Percubaan setelah hampir setahun tidak buat kek.
Rasa cam dah lupa kat mana senduk, mana bahan2 sume hehehe. Sejak ada Umair ni aktiviti baking dikurangkan atau mungkin tiada langsung sebab susah sket bab camni amik masa. Umair tak bole tgk ibu de bz sket. Nak melekat saja!
Aceli kek ni buat 2 Jumaat lepas. Bibu coti so pagi2 anta budak2 ke Taska. Kemas rumah. Hajat nakbuat kek kemudian hari sabtu balik kampung boleh sambut skali ngan nenek (22 June), Maksu ( 2 July), Umair (11 July) & Kakak dada (27 July). heeee berderet July.
dah siap2 buat n deco peram dalam peti ais, dah gerak sabtu sampai bentong "erk!!!!! kek tak bawak!"
Ayoyo.
Dah penat2 coti n buat tak bawak!hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Terkilan sungguh tade sape yang ingat pasal kek sebab biasala kalo dah sibuk load brg dlm kete, anak2 lagi. Banyak bende terlupa. Tu sebab selalu kalu nak balik kampung bibu selalu tulis list barang2. Tapi tidak kali ini sebb mungkin balik sekejap, satu malam jadi cam lepa sket. Hadoi!~
Jadi raya ni bibu tekad akan buat kek bile balik raya nanti. sian mak and Angah. Sowi der
Kek RV ni bibu rasa cam kurang jadi. Moist dah ok cume kaler tak merah sebabnya ialah - pewarna merah dah abis heheheh dpat guna 1 sudu kecil je. Pastu krim tu bibu tak buh whipped krim hehehe blasah jela.Cuma krim cis dan butter je.Rasa kalo buh filling stoberi ke blueberi ke jadi lagi sedap kot~
Oh ya resepi bibu tengok kat SINI.
Lagi satu kalo nak buat hantaran sesuai kot kalo pegi bertandang jauh2 sebab bibu bawak ke opis 2 potong, tapi boleh tertinggal dalam kete bygkan dari kol 9 sampai 6 petang dalam kete berjemur di parking lot. Tapi seyes krim de x cair pon.Mujurla tak campo whipped krim, kalo campo mmg cair laaaa. sahih~!

Wednesday, July 11, 2012

Umair Na'el turns 1 !!

11.7.11
Tarikh Umair dilahirkan.Alhamdulillah Hari ni de genap setahun. Melahirkan dia amat mudah. Jaga de pon senang tak banyak kerenah, tak  banyak ragam dan nangis. Tido lagila senang. dari dalam perut de akan suh bibu tido seawal 9-10 malam. Sampai sekarang de paling senang tido.So far de belum penah nangis malam2 kembung, susah nak tido dan sewaktu dengannga. Mmg jaga Umair amat menyenangkan (ehem sape nak cop menantu boleh isi borang sekarang hahaha).

Now, Umair dah boleh jalan.Jenoh sudah nak kejar de.Sangat2 aktif. Capaian tangan de sangat laju. Mengemas lagila.Makan pon banyak. Perkataan pon dah banyak. Bird, bak,papa, mama dan lain2 bebelan tak jelas hahaha.Bibu harap Umair jadi anak yang soleh, taat ibu bapa, bijaksana dan berjaya di dunia dan akhirat ye sayang!~Muaaahhh ketat2
Note: Nanti update sal kek Umair ye!~
Suke gamba ni very clear. Rasa nak upgrade to ios6 

Tuesday, July 10, 2012

Buat keje tapi teringat je camno?

Aih tgh buat keje asik belek2 gamba dlm hp..rindu nak gomol2 Umair (padahal baru 6 jam tak jupa)hahahah
Esok genap 1 tahun.Malam tadi dah potong kek.Awainya hehehhe adalah sebab de..nantila citer!
Gewaaam!balik kang nak geget pp and tangan!~

Monday, July 9, 2012

Hari Sukan Tadika Nuha

Bismillahirrahmanirrahim.
Sabtu lepas ada sukan Nuha.Kelam kabut angkut 3 org pagi2 ke padang.Terlambat 5 minit hehehe.OKla walopon tadika de kecik je murid dalam 30 lebih senang nak kawal kan?Tapi yang payah tu mak pak pon sibuk berkepit ngan anak2 aih camne tu?yelah yang anak2 umo 4 thn ada yang nangis tak biasa lagi.Ape2 pon anak2 enjoy walopon ada yg blur2 lagi nak sukan hahaha.
Contohnya Nuha.Alahai sopannya bawak kacang ekeke.Tapi okla kumpulan de dapat no 3.kemudian bawak straw dan getah dapat no 2. ..masih okla sebab ada lagi kumpulan yang corotkan? hehehe.
Scarf tu tak tinggal ok!
Eh ada  ramai rupanya yang rendah dari de
means Nuha tinggi jugak!
Aih malu2 ayam nak tunggu turn kwn datang bawk kacang hahaha
Lari laju2 tau Nuha!~
bersukan dengan penuh ayu ekekeke


P/s: Bole tak penat2 bawak dslr tapi bateri kong?potong betul laaaa
Nasibla hp bawak haih!~