Okeh. Setelah selesai menghuru harakan villa pada malam pertama, kita tengok pulak kejadian Hari pertama di Bandung. Sebelum tu bibu lupa nak stori masa mlm kami nak ke Villa ni..tgh van bergerak, tetibe nampak seketul makhluk berlari2 dan diikuti 2-3 anak2 muda juga lari bertempiaran menyelamatkan diri. Kami tak kisah bab berlari-lari tu. Yang amat kisah tu elok je nampak makhluk tu berlari mengejar tanpa ape2 menutupi bahagian belakang beliau. Maka boleh agak tak keadaan kami cane?bergegar rasa masing2 menjerit tengok.kahkahkah.Paling tak bley blah sian anakku..duk di pangku Acik Linda di depan sebelah driver..hahaha adeh rusak minda anak hahahaha.
2nd May, 2013
Ikut jadual pagi2 tu patut terus ke Pasar Baru seawal yang boleh sebab tak sabar nak abiskan duit yang banyak ni ahhaha merasa kau jah jadi jutawan...at least. Tapi Supir Darso aka Afgan kata de nak bwk ke kedai bos de dulu. Jom tengok ape ada.
(kakak dan kawan baru, sama umur tapi size tak sama hehehe)
Kedai Pak Teddy ni agak kecik tapi Econ ada siap hidang air dan kacang2. Buleh juga bersila dan bersidang bagai. Kat sini bibu beli kacang2 dan pisang cheese salai. Kain sulam juga tak kurang hebat masing2 memborong. Malah kami juga boleh menempah baju. Malam nanti de dtg hotel, ukur2 bdn kemudian esok mlm pulak de hantar. Memang best. Upah RM57 sahaje. Mane ko nak cari kat Mesia org dtg umah ukur2 dan siap anta kain dan siap jahit dlm masa sehari dengan upah RM57..ada? ada? Aah ada, melainkan ko PM or Dato Michelle Yeoh muahahhaha. OK. Sape nak pegi kedai ni, sila ketik tumbesaran gamba atas ni ada nomor talipon nyaah.
Ok destinasi seterusnya PASAR BARU.
Kebetulan kami pergi ni bukan cuti umum di sana atau cuti sekolah. Memang waktu yg sgt2 sesuai!.Orang pon tak sesak sgt. Dan jalan agak sederhana macet.Oh ya kain lace tu wajib beli..sgt2 murah.RM8 per meter kau!!!Tapi yela material tak sehebat RM80 semeter (kes ni aku takmo citer panjang sgt dan wat rasa geraaaaam je hahaha) Nampak aku tgh matching lace turqoise pink ngan kain biru..ahaks!Tapi bagaimanapon puas hati dpt beli kain2 kat sini walopon agak kuciwa TOKO ABANG dan Vogue tak jumpa :(..pendek kata ko buleh berabis RM1-2k di Pasar Baru sahaja. Telekung, kain batik, Baju batik..dan macam2 lagi.
Ok perut dah lapar, memasing dah melepek kat kedai cam nak putus kaki, kami pon keluar dari Pasar baru sekitar jam 3ptg menuju ke sebuah restoren masakan padang ke sunda tah.. Lupa hehehe
Boleh tahan juga makanan2 di situ. Kami habis dalam 300k++ rupiah tuk 8 orang (RM100++). Dah Solat semua destinasi seterusnya ialah ke TOKO 3. Tapi bibu tak feel sgt nak beli jeans sbb tak jumpa jeans yang berkenan. Agak boring di situ. Destinasi seterusnya amik sample brownies di Kartika Sari. Depan Kartika sari ada pulak mamat berkaler silver nih. Aih kesian aku tengok.Kempas kempis perut cam thn lapar. Bagila sedikit tips kalo nak bergambar. Aku bagi RM5 hehehe belom yg lain2. Masyuk dah mamat tu kan?
Lepas abis wang di TOKO 3, kami sambung ke FO cam Secret, Grande, Heritage, Cascade. Tapi aku tak beli ape sebab tak berkenan dan rasa lebih kurang je cam kat sini. Agak mahal jugaklah.Cuma tang branded tu I no komen. Masing2 punya citarasa masing2. Ape2 pon tak rugi je kalau masuk sekadar membandingkan dan mencuci mata (padahal duit dah nak abis wakakkakaa). Malam tu kami dinner dengan bakso (tapau) sahaja.
Tips buat dan tidak buat (Dos and Don'ts):
1. Bersiap dan keluar seawal pagi dalam kol 8pagi dan menuju ke Pasar Baru (PB).
2. Bawak beg troli kecik memudahkan perjalanan di dlm PB atau suh je supir angkut.
3. Jalan satu group. Jangan berpecah.
4. Tawar separuh harga kalau mampu. Kalau tak mampu..tadah jela duit.
5. Di PB sesuai beli kain pasang, telekung, Tshirt Bandung, Jubah. Oh ya outer dress juga sgt2 murah. Bibu beli dlm 45k rupiah shj (RM15).
6. Tukar duit di tingkat 7 jika anda kehabisan wang..tapi rate mhl sket berbanding tukar di Malaysia.
7. Jangan layan orang yg tawar jual keychain, Tshirt dan sebagainya sbb mereka sentiasa ikut kite..kami terkena. elok je beli..jam tu jugak ade lagi tawar lagi rendah. Beli FM 50K tuk 2 peket.Lepas tu dtg sorang lagi...beli 2 free 1. cam cilakak *__*
Ok.bersambung Part 3........



















