Friday, July 30, 2010

Hari Pizza sedonia!



Malam ni I mau makan piza ..Yehaaa nak mengepow Maksu!!Mau pesan 2 gambo atas ni campo hut's platter tuk kakak.KihkihKih... ko jangan lari Maksu!

Monday, July 26, 2010

Happy 7th Birthday Khairul Syuhadah!!!


Ni tepek balik scrap yg bibu dah buat dulu.

Hari ni beday kakak yg ke 7. Dah besar anak ibu!!Alhamdulillah sakit bersalin kakak ni sejap je dlm sejam.Kecik2 de sgt lasak + suka mengomel. Kakak start boleh ckp mase umo de sthn stgh mmg sgt cepat..umo 2 thn de tade pelat2 dah mmg sebutir2 kuar.

Kakak request bwk cupcakes ke skool hari ni. So mlm tadi bibu dah buat tuk kwn2 kelas de. Thn ni bibu tak sempat nak buat beday party cam last year sbb weekend jadual penuh + plan nak balik umah nenek + aki this weekend. Hadiah??de dah request siap2 nanti Ahd kite cari ye kakak!Kakak jgn noti + rajin 2buat homework taw! Ibu, Abie + Nuha saaaaaaaaaaayaaang kakak!!Muaah!

Friday, July 16, 2010

Usrah : Hebatnye jadi Ibu ni!

Ni petikan dari email yg bibu dpt: renung2kanlah!

Ini adalah sedutan dari ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit KAGAT ATM
.yg bertajuk,"Dahsyat nya doa seorang ibu
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

q Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

q Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

q Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal"
Ø "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
Ø "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

q *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam next time

q Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

q Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

q *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad." 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

q Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
q *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia .

yg last skali ni panggil roh anak?ooohh seraaaaaaaam..but worth trying!

Friday, June 18, 2010

Kek Hari Ibu & Cupcakes

Ni kek mase sambutan Hari Ibu awal bulan May.Kek choc Moist wif cream cheese cream~derang cakap the best choc cakes hehe..Yup agreed. Nak buat kek ni sebenarnya kene byk kali experimen sampai jupe resepi yang sesuai.


pertama kali gak selepas kelas baking ngan Kak Jun bibu try balik buat blossom ni..eh ke petunia tah halal laa..janji munge wakaka
Yang ni plak my aunt order tuk beday mak mertua de di Perak.
Suke sgt wat jambak2 n jalur2 ni!

Ni pon tetibe dpt idea
note:
dah cube buttercream transfer..later I update!

Wednesday, June 16, 2010

Tribute to Momo


Baru je last entry pasal momo now bibu citer sal momo lagi. ;(

Berat nak citer sbb bibu mmg sayang momo walopon masa tak byk spend dgn de yerla keje balik dah lmbat tapi kalo sambil lepak tgk tv mmg momo lepak skali kat sebelah. Kadang rase bersalah pon ade amik de sbb mmg dah agak bende2 camni akan berlaku. Momo ni jenis homely sket.De tak biasa di jalanan. Bila kitoang bagi de kebebasan sedikit, nampak sgt de enjoy jln2 kat luar rumah. Kitoang mmg selalu panggil de masuk tak bagi de main kat luar sbb kete ngan moto mmg la setiap minit lalu depan rumah.

3 minggu lepas masa kitoang pegi Penang, ingat nak tinggalkan momo kat pet shop, tapi x sampai ati plak de berkurung dlm cage je, maksu offer nak jaga. Minggu lepas, kitoang tinggalkan momo dgn Mut ngan Mak su, balik kampung.

Pagi Ahd tu Mut tipon,

" Akak....nak ckp sal Momo ni"
" hah nape Momo? ( masa ni aku dah cemas sket berderau jantung)
"tadi kak yah cakap Momo kene langgar"
"hah???? momo camne??? ( jantung aku dah laju dah mase ni)
" Momo dah mati"
huaaaaaaaaaa bibu dah nangis mase ni..

Sedeynya kitoang tataw nak describe cane..huhu. Baru je pagi sabtu sebelum bertolak tu de dtg kat kaki bibu ngadu..ngiau2 sambil tunjuk food tray de. Ade kucing itam lain makan. De plak bley tgk je orang kucing tu mkn je. De mmg mengalah tak reti nak gado2. Kalo mlm tu musti ajak kitoang main. Nuha la paling suke buli de. Tapi de ok je tadela nak cakar2.


Lepas tu kalo petang2 de main bulu tangkis. Tula jadi toy de. Sampai de kumpul dah 4 biji. Tataw de kutip dari mana. Anak jiran sebelah kot sbb macam penah tgk derang main badminton.


Pehtu kalo tido ngan gaya kuak lentang de…alahai sangat comel!


Kalo pagi2 bibu ngan ABie nak pegi keje de duk depan gate tu, de tgk je kitoang nek moto.Kunun2 cam nak lambai babai! Pehtu kalo kitoang balik keje Momo, kakak & Nuha, terlompat-lompat kat pintu sambil jerit2 kitoang dah balik. Rase cam ade 3 org anak plak hehe

Selalu malam 2 sebelum Nuha nak naik tido de musti panggil Momo..” Momo Nu (good) night!!” tapi mlm selepas kejadian tu, Nuha buka sliding cari Momo ( de lom paham lagi mase tu Momo dah mati).” Momo!! Asuk! Nu nite Momo!” lambai Nuha. Kakak plak ckp “ dahla dik..Momo dah tade dah mati”…adoi sedih tol dgr….huhu



Friday, June 4, 2010

Kakak si budak Klepet


Teringat anak dara Ai~Tasha pon suke klepet rambut ke depan kan? Kakak pon sama camtu. Pehtu sibuk la membelek rambut tu sampai puas ati..buh minyak bagai.Pehtu bibu tanye "Pesal kakak suke rambut klepet?" dia jawab " yerla klepet la lawaaa" Amboi anak dara aku soang ni!!!

Bibu nak citer baru2 Abie de ckp :


"kakak kecik2 Abie panggil Dotot, dah besar ni Abie panggil Klepet boleh???"

(Abie sengih2...kakak wat muke kerut2) ~ ni aku tambah2 je nak sedapkan citer sbb bibu tade kat situ mase perbualan ni ekekeke

Pehtu kakak cakap:


"Abis kalo kakak panggil Abie, org utan.. Abie nak??"



Disebabkan Abie bela janggut n jambang boleh plak de samakan ngan org utan!!!wakakaka kene Abie sebijik!




Tuesday, May 25, 2010

Makan2 & jupe Tun



Aceli dah lama g mkn kat Chakri Palace ni rase mase musim secretaries week kot. Bos tak banje pon...mkn sendri jelah (sedapkan ati kaaaah). Bibu pegi mkn sini ngan Fida- clientmate. Okla not bad menu esp soft shell crab de..tapi tom yam gung de kureng sket cam tomyam biasa je huhu

Sawadikap!!

Yes..I mmg tak sabar nak makan sbb pose nih..ahaks!

Soft Shell Crab--sedap
Air Kiwi blended
Nasi goreng nenas--byk giler leh mkn 2 org
Kerabu mangga- best!


Mase on d way ke Chakri lalu Isetan..jupe Tun hehehe .Dapat nyelit sket . Mula2 ingat Pok guard de garang so bibu dtg dari blakang diri jauh sket.. Skali Pok Guard de ckp rapat2 le dik..cepat sket..hah pe lagi gua pon diri le blakang Tun rapat sket hehe. Best kan Tun ni senyum jek!!I luv u Tun!(Erkk 2-2 Tun ye)

Note:
Tq Pida-sib lu bwk kemera hehe

Friday, May 14, 2010

Mintak Cerai!!

Ni bibu petik from Email hehehe

Satu petang yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di

depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit)
huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di
ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia
pikir agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan
famili ku ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah
berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai...aku senyum sorang2 gak
bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..

Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup
nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang
bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar
pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan
panas kepala ni aku terjah dia kat dapur

'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABG KAT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME
LAGI KE SMPAI AWAK NAK MINTA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG CAM
NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..kalau berani buat lah...

YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar, peluh menitik2,
idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu
Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan
itu....

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni g lah ambik serai
tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke...

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....

Ceyai Vs cerai...
B carefull ngan bahasa anak anda...
Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri....
Hihihihik hukhuk


psst: wakaka burduhnye lawak

Tuesday, May 11, 2010

*MOMO*

Tadaaaaaaaaaaaa pls welcome our new family member - MOMO

MOMO.
Ya! itula nama timangan kucing kami sbb tuan asal de panggil MOMO so kami pon ikut jela nama tu. Kan bibu dah lama cari kucing tuk Nuha yg sgt suka kucing tu? Maka setelah beberapa lama skodeng kat Mudah.my, bibu dapat seko dari Arif (nama tuan asal MOMO). De bagi free je (hehe biasala kite musti nak free je kan?). Umo MOMO ni baru 5-6 bulan gitu.De ckp MOMO ni kene tinggal ngan ibu de semua skali 3 bradik.Disebabkan de nak bela seko je so de mintak sape2 ambil kucing ni. Minggu pertama ambik MOMO, de nyuruk sminggu kat bawah tangga. Makan n berak baru kuar. MOMO ni jenis suke duk umah, berak pon dlm litter.Pehtu sgt suke main n org layan de. TAPI skang bibu pasan abis plak sofa n kotak2 de cakar2 adoi!!

MOMO budak berkutu! (bibu selalu panggil de hahaha)
Aceli kutu de byk sgt sampai kitoang sume kene gatal2 so tiap
minggu kene syampu de.

Pura2 tido chait!MOMO mmg pandai berlakon okeh!
Isk..Nuha mmg suke kaco de tarik eko de lah..buli de hoho
ko mmg suke buli org dik kan?? Isk!

Monday, May 10, 2010

Kek2 April

April!!!!!!

Nampaknye skang bibu update kek tuk sbulan sekali harung…ni pon ade yg tertinggal. Huhuhu


Kek 1 ~ Kek Choc ganache diorder oleh customer baru, Zueida



Kek 2@Cupcakes~ utk Sales & Marketing Staff, Cheryl@ ShangriLa ( tq blanje western food at The PUB..licin kitoang bedal ekeke

Kek 3~ Kek order oleh Kazen Mut yang bertunang last week ( Kek Choc moist n buttercream) Mut cakap kazen2 de berebut mkn sampai x cukup...TQ mbak! OOO ya...photo ni di amik oleh Mut sendri mase bibu keje ( erkk skang bibu dah ade photog pulak???hohoho)



Cupcakes 5~ Mut jugak order tuk makan2 mase majlis bertunang...deco sume de wat sendri..I main arah2 je (cam puan pengarah skang lol)


Cupcakes 6~ set cuppies tuk Sales Agent Toyota, Tracy...Tq so much Tracy!She was so surprised I made this for her .. siap sms n ucapan terimas yang tak terkata ( lor tak penah mkn cuppies ke hehehe?)

A few design yg bibu suka buat~bunga & sejambak bunga

New design ~sgt enjoy buat munga kecik2 ni


Belen2 kek boleh juga dipotong2 dan buat camni kan? sng nak mkn~I bagi jiran yang wat kenduri n tumpang umah I. BUt a bit ralat sbb mase kenduri tu ropenye derang tade kek pon nak potong2...n bibu dah penat sgt sbb dah 2 hari buat .... I wish dpt buat kek tuk jiran sblah tu ;((