Monday, November 12, 2012

JJCM@Ramal Junction

Happy Monday!~
Happy sangat. Jalan lengang, kanak2 dah mula cuti sekolah, bos pulak travel seminggu hehehehe
Aceli tadi dah taip panjang entri ni buleh plak save2 tetibe bukak balik tade? choiiiii penat gua taip. Ok. Ingat weekend semalam misi ingat nak bawak budak2 ke Zoo negara. Tapi tah la mood belum ada + cuaca tak menentu. Pitih pon kurang dah tgh bulan ni hehehe. Tapi InsyaAllah awal Dec nak balik Taiping. Nak bawak Umair pegi Zoo Taiping + Lake Garden + JJCM Mee udang Kuala Sepetang. Waaah banyaknya plan heeeeeeee.
Ok nak citer satu tempat yang kami belum terjah lagi. Padahal dekat je dari rumah 10-15minit. Selalu lalu lalang tapi tak berkesempatan nak singgah. Aceli tajuk utama nak cuba Burger bakar + bawak budak2 ni main kat playland tu. Umair ni skrg susah sket table manner de kurg. Dia byk nak maaaain je!~ dulu kakak2 de kecik sng je nak bwk mkn..behave duk dlm baby chair sambil suap makanan. Tapi sampai Umair heeeee tobat mak!~ nak kene gilir2 makan. even kita dah bagi de mkn, de meronta2 nak jalan. Tu belum de mengorat anak dara org sebelah. Amboii nak bujang aku dah pandai panggil2 anak org okeh!~Ciri2 romeo dah ada di situ hahaha.

Ok. berbalik Ramal Junction ni terletak di tepi hiway SILK Hiway Puchong - Kajang. Kalo lepas hospital Serdang dan Country Heights, medan selera ni belah kiri senang je nak nampak byk2 kete parking. Tapi ok sgt strategik ada tempat parking, playland tuk kanak2, surau ( erk tak pasti plak lupa nak tanya). Konsep de ialah kene ingat nombor meja yg kita duduk. Pastu pegi beratur order menu dan bagitau nombor meje kita dan bayarlaa opkos hehehe.. Kira layan dirila ni. Macam2 menu ada kat situ. Willy sate ( tak order pon sebab derang ckp lama 45 minit sebab ramai org), nasi ayam, berempah, gulai kawah, mee udang, bergoreng2, western dan Burger bakar dan mcm2 lagi. Memang meriah tapi bibu rasa tahap kebersihan kene jaga la..sebab sinki basuh tangan heee kotornya berlendir2 dan kawasan pon kene bersihlaa lalat pon ada. Bibu rasa tatau nak repeat lagi ke tak. Bab2 kebersihan ni penting ye!Lagi satu kat meja mmg dah tulis no dan layan diri. tapi tulis la siap2 camni contoh :

"Sila ingat nombor meja anda bila membuat pesanan"

Ha kan senang tuh? tadela bila sampai beratur2 pastu tatau meje no brapa. Kan dah menyusahkan org amik pesanan pastu u kene patah balik tgk balik meje. Ramai yang camtu masa bibu beratur.Ni selalu kes kali pertama datang. I tau sebab penah baca kat blog org so I mmg pesan kat Abie ingat no meje!!~ hahaha.

Makin petang makin ramai orang
Order Fish and chips ..tapi ikan tempur atu kurang garinglaa
tak bape masak alahaaaaaaaaai..sos ok
Air tembikai gelas besar
Burger Bakar Abang Burn. Okla kali pertama makan so bibu tak boleh nak compare mana2 lagi
So kene cari port lain pulak baru boleh komen. Daging de tu maybe agak mantap sket sebab dibakar + homemade..Sos ok. Yang atas ni bibu add on sosej and cheese dengan harga RM10.00

Mee Udang de heeee Abie dah kabo tak yah order. Aku degil jugak haaa kan??Lenkali ikut cakap somi ye!
Kuah de tak berkenan sungguh cair + Udang de kurang masak laa walopon ada yg 2 eko besar gabak ( tiger prawn) yang kami order ni Mee Udang spesel RM15.
ABC yang so-so juga
Haa part ni budak2 suka..tu yang Umair meronta2 nak main tuh. Kene byr seorang kanak2 RM5.
Tengok tadi kemain nak sangat main (Umair) bile campak de dalam tu melalak2 okeh!~
Agaknye de takut kot bende tu bagi pandangan de besar gilerrrr kakak2 de suka laa...sib bek la brader tu  tak caj Umair..takat dia men pok pok je kat tepi tu tape laaa kak saya tak caj..hehehehe

No comments:

Post a Comment