Salam Jumaat.
Mulakan
tahun baru Hijrah dengan penuh keazaman. Tahun ni insyaAllah bibu harap
perubahan yang bibu buat ni memberi lebih keberkatan dalam hidup dan
keluarga.Amin.
Ada jua yang tertanya-tanya kenapa bibu mendelete sesetengah
rakan di FB. Well, itu terpulang hak individu masing. Kalau tak nak tengok,
tutup mata dan buat pekak. Bibu rasa salah anggapan tu. Sejauh mana hati
manusia bole menerima perkara yang mereka rasa mereka tidak mahu menerima
tetapi berpura2 menerima?HIPOKRIT bukan?I'm not A hipocrite person. Kalau I tak
suka tengok, lebih baik jauhi perkara tersebut. Memang kita disuruh Husnuzon,
tetapi melalui perkara yang kadang dia buat dan kadang dia tak buat. tetapi
kalau selalu menceritakan perkara yang tidak benar dan lebih kepada
duniawi?Anda masih mau memilih mengikut dan bersetuju sahaja?Tidak kan?well
tepuk dada tanya iman!~
Memang
benar, kita tidak berhak memberi judgement (hukuman) dan justification
(penilaian) terhadap seseorang, tetapi jalan mana yang kita pilih? Adakah menjadi seperti dia juga?
Salah
satu hadis menceritakan adab memilih kawan :
"Seseorang itu dikenali berdasarkan
sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih
sahabat." (Riwayat Ahmad)
"Jangan bersahabat dengan orang yang
durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan
rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)
Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya
maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)
Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual
Minyak Wangi
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
dan banyak lagi menceritakan perihal
memilih kawan di SINI
Salah
satu tips untuk menjaga diri dari Lagha/Syubhat/Mutasyabihat/Was-was/Maksiat:
Jagalah hati
anda, jagalah pandangan anda, jagalah iman anda (An-Nur 24:30).
Selalukan diri
ini untuk memuhasabah hati ini pada setiap masa. Jangan biarkan diri ini
terleka, ataupun terlena kerana kita tidak pernah menjenguk-jenguk
kandungannya.
Jauhilah rakan-rakan yang berbuat maksiat. Supaya anda tidak terdedah dengan maksiat yang mereka
lakukan. Supaya anda tidak dengan perlahan-lahan redha terhadap maksiat-maksiat
yang mereka lakukan. Supaya tidak terbentuk titik-titik hitam di hati anda,
atas maksiat yang mereka lakukan. (Al-Furqan 25:72)
Lebih
lanjut di SINI
Jadi
bibu lebih suka memilih dari membiar rawak dan tidak mahu beranggapan anda
sebenarnya tidak mempunyai pendirian.Yang penting sentiasa berdoa semoga semua
umat Muhammad dan saudara sesama Islam kembali ke ajaran yang kekal, AlQuran
dan Sunnah.Amin ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment