Assalamualaikum pagi Jumaat yang tenang. Tenang sgt sebab baru print tiket bos nak travel lagi seminggu hehehe. Nak berceloteh hari ni boleh? Boleh sgt bibu. Blog engkau. Apa ko nak type. Nak sengih2 sorang2 pon tade org kisah hahaha. Nak cerita tentang hal berkaitan pendidikan anak2.
Dulu bibu selalu jugak rasa tension kenapa ada anak yang susah nak terima pelajaran. Aku kurang bagi didikan kah? kurang bagi vitamin kah? bagi susu murah kah?dan macam2 lagi. Asikla menyalahkan bende2 yang tak sepatutnya jadi salah. Bila org cakap nak anak cerdik, bagi mkn itu ini. Kompem jadi cerdik. Setelah hampir 10 tahun pengalaman ada anak2, bibu rasa banyak faktor mempengaruhi perkembangan anak2. Ye kita bagi de makan itu ini boleh jadi cerdik dan sebagainya. Tapi janganlah berbangga sangat. sape tak bangga anak bijak pandai.Tapi jangan mengkolotkan pemikiran cakap begitu. Orang dulu2 contohnya bibu ( sape lagi nak up hahaha). Di besarkan dalam suasana keluarga lain sebab sejak umo 8 thn dah berdikari tinggal dgn arwah Atok dan Nenek di kampung. Jumpa mak abah sethn tu adalah 3 kali je waktu cuti sekolah. Masa tu ada hirau anak belajar camne..makan ape...dulu zaman susah ok..Ye I bukan anak org senang, mak bapak tauke lori balak ke ape..Belajar hidup dari pengalaman yang susah. Buku latihan tade ( skrg berlambak), pastu I ingat sanggup kayuh beskal belaja Tuisyen English bayar RM 10 sepuluh sebulan kat cikgu Siva ke ape nama tah lupa hahaha semata-mata nak jadi lebih pandai (kalau aku tak beskal hari2 pegi sekolah mungkin aku tak berkulit hitam cam skrg ni ahahahaha ke situ plak..erk!!)Ye usaha nama nya tu. Kayuh beskal celah2 pokok getah eh tade plak risau kene intip rogol dan bunuh cam sekarang ni. Pastu bibu ingat lagi masa my kazen pon ade jugak kitoang set 5 orang kat rumah sape2 (ketua) then cikgu tu dtg ajar. Alah de ajar pon guna buku teks. Means we all blaja in advance dari yang kat sekolah tu. Tehehehe..asik2 baca pastu jawab soklan pemahaman pastu kene buat ayat dari perkataan yg dia bagi ekekekeke..sempoi je tade nota atau latihan kertas lain2!!!Alhamdulillah UPSR cemerlang jugak.Makcik2 I yang studi oversea pung pang2 kat london..balik Mesia cakap jawa masih pekat..jadi nak salahkan sape?
Pokok pangkal:
1. Kene tau ape kelebihan dan kekurangan anak2 masing2
Jika de kurang menunjukkan prestasi dalam tahap pembelajaran. Cungkil bakat dan kecenderungan dia, asah dan gilap sehingga dia berjaya jika dia betul2 berminat dalam bidang yang dia cenderung.
2. Wujudkan persekitaran kekeluargaan yang sihat
Kalau ibu bapa asik bergado, sume stress anak2 tidak akan membesar dengan sempurna ( I've learnt from this very much and I tak akan repeat lagi). Ingat moto ni : " Happy parents will bring up happy kids"
3. Jangan sesekali membezakan anak2
Jika anak no 1 satu pandai dan anak ke dua tidak, jangan pertikaikan dan bandingkan mereka berdua. Sebab bile besar nanti mereka tidak akan jadi adik beradik yang akrab ( I've learnt and seen much exampler).
4. Sentiasa bersyukur
Yes. Amat penting. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita kecapi. Sebab kita tatau bila rezeki kita bagaimana dan apa. Bila kita rasa tak dapat seperti yang orang lain dapat, ingat.. tengokla org lain..ye orang lain mungkin ada yang tak penah rasa kasih sayang anak.. atau mungkin orang lain yang tak pernah berkesempatan berkeluarga. yang kita kecapi hari ni nikmat Allah. Takde satu nikmat yang Allah bagi itu kita boleh nafikan. Masya Allah terlalu banyak.
Tafsiran surah Ibrahim ayat 7:
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
kakak pulak, pencapaian dia semakin meningkat 6A 4B kemudian pindah kelas pon bibu dah cukup bangga kakak. Sejak bibu masukkan de kelas Enopi nampak de dah improve dan suka Math. Alhamdulillah pelaburan yang tidak sia2 hehehehe (masih sibuk kira untung rugi kaaaaaaaaaaah).
Pastu sekarang kakak rajin kemas bilik. Ibu pon tak boleh nak pikir sekemas camtu hahaha ...mmg dia anak yang boleh jadi role model adik2 dia.Alhamdulillah. Syukur ya Allah.
Eh lupa, dah buat esei berjela lupa tajuk asal " School Drop Out" hahhahah
Aceli pagi tadi duk sibuk baca artikel pasal orang kaya2 yang tercicir pelajaran tapi sangat kaya..boleh tengok SINI ...VERY INSPIRING!!~
Jangan ingat tak pandai, full stop.. ko menoreh getah jela Jang oiii...silap ye makcik2 sekalian. Yang penting usaha dan sentiasa berfikiran positif!!
Lagi satu janganla hipokrit sangat disebabkan tade sijil2 tu boleh plak mengaku ada itu ini segala bagai semata-mata takmo rasa kekurangan diri tu jadi penghalang tuk berkawan. Sumpah bibu tak kisah pon ko ade ke tade..study mana..SPM saje ke ape..kalo perangai ko budi bahasa elok...mmg beribu2 kali bibu suka. Nak berkawan biar ikhlas dan jujur. Tak perlu nak cover up itu ini semata nak hebat. So bila orang dah tau segala tipu muslihat anda, buat orang naik menyampah lagi ada. Kesian bukan?Semoga beliau sedar dari angan tak sudah tu. I know I'm not a great person but we learn to be pleased person who always be kind and wisely say " We must know the importance of truth and honesty in a relationship"
Wassalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh.
Ooo..yeah! setuju 100% ^_____^
ReplyDelete