Monday, November 26, 2012

Sciatica and Herniated disc

Bismillahirrahmanirrahim
Sebenarnya tatau nak mula dari mana. Nak duduk lebih dari setengah jam rasa sakit. Tegakkan badan pon sakit. Berjalan pon cam heret batu tekan kaki kanan. Sumpah memang siksa. Ni menulis pon kejap2 bangun.Menyesal tak bawak koyok pagi tadi.

Khamis (22hb Nov)
Bibu keluar ofis macam biasa. Naik tren. Pegang tali gayut tu. Ada seat kosong, berlagak kuat tak duduk. 5 minit lepas keluar tren kepala dan leher rasa sejuk, kaki rasa kebas, perut dan pinggang sakit. Ok teruskan perjalanan. Sampai atas moto baru 5 minit sakit blakang sangat tekan sampai kaki. Seminit berikutnya bibu dah rasa sakit amat nangis2 dah tepuk2 En Abie suh benti jugak.Ok perjalanan masih diteruskan.Tetibe tgn dan kaki kebas tak rasa ape2 dahsakit dah mencucuk peha sampai bawah dan rasa cam nak tergolek, barula En Abie berhenti. Itupon de sengih2 sambil bebel2 laa sakit ape pulak u ni macam2laaa dia kata.Maka terdampar la bibu kat bus stop VIVA Mall tu macam ikan sementara tunggu maksu kutip naik kete dan terus ke Klinik Saujana Impian.

Jumaat (23hb Nov)
Pegi ke KPJ lepas dapat surat rujukan jumpa pakar. Hampas.Doktor tiada dan lambat sebab ada operation.Maka bibu tukar spital, Columbia Asia Balakong. Servis pantas tapi tak boleh buat MRI hari tu jugak sebab dah petang sgt. Maka petang jumaat ber MRI dengan Twilight Breaking Dawn Part II bersama En Abie di sebelah CA – AEON hehehe..bikin suspen tau citer ni sib tak tersembul disc.

Sabtu (24hb Disc)
Selesai MRI dan X-ray.Ortho cakap..tulang awak ni normal dah lurus dan tak bengkok cam yg awak dakwa semalam dan doc dulu tu bgtau.Eh pulak?? Ok happy J
“TETAPI….awak tau antara tulang tu ade disc atau jelly yang bertugas sebagai shock absorber?”(bibu geleng2 dan angguk..cam tau tapi kurang paham ehehehe).”Now, your disc tu dah nipis haus dan semakin membengkak..bila2 masa de boleh bocor dan waktu itu kamu akan sakit sampai tak boleh berjalan.Now de Cuma menekan sedikit saraf kaki u”. Ok. tak happy L

Kesimpulannya symptom dan diagnos yang ibu  alami adalah seperti di SINI

Rasa nak lempang tukang amik gamba ni???marah btol aku *__*
tapi sayang punya pasal buat tatau je!~

Sekarang, bibu dibekalkan ubat2 yang dipreskripsikan dan kene beli Neurobion (ubat saraf) sebab ubat ni tak cover insurance huhuhu. Tapi mmg tersaaaaangat banyakla pantang larangnya. Cara jalan, duduk, ambil barang, baring, cara ambil dan dukung anak..hey mcm2 lagilaa nak kene waspada!!!" Lower Back Pain " merupakan penyakit ni mmg biasa di alami oleh 9 per 10 manusia cuma kesakitan di lumbar L1-L5 saje yang menentukan tahap kritikal. Mcm bibu antara Lumbar L4/L5 plus Sciatica di mana de cuba menekan saraf kaki. Macam kawan bibu sorang L5-S1 mmg agak kritikal sebab disc dah bocor or "ruptured" now btul2 efek kaki de..tape Nim, kite kene kuatkan semengat dan exercise yang dibenarkan sahaja..supaya nanti thn depan boleh kite beronggengg berjalan bersama eh!~

Note:
Di larang duduk lebih setengah jam sebab lagi lama duduk lagi cepat dics u bocor erk!masak la camni cane nak keje rupenya???Bak kata kwn aku Anim, kene pasang alarm tiap setengah jam?heeeeeeeee

3 comments:

  1. Ya Allah Bibu....abis tu apa solutionnya? kene terus mkn ubat jelah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak..bende ni selari dgn umo dan cara hidup...lepas ni kene buat exercise tuk kuatkan otot + pastikan tidak terjatuh2 dan ubat tu bersifat sementara saje hehehe

      Delete
  2. ape kes ni? sakit teruk sgt nmpknya..

    ReplyDelete