Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Persekolahan

Bismillahirrahmanirrahim.
02.01.13.
Hari ni hari pertama persekolahan pada tahun 2013. Lege urusan pendaftaran, buku2 sekolah dan yuran semua dah selesai. Tapi 3 hari sebelum bibu belum jumpa van sekolah tuk kakak ke sekolah agama sebab jarak dari taska lebih kurang 1km. Dulu tumpang seorang parent yang kebetulan tinggal hampir dengan taska dan anak dia satu sekolah agama. Tapi tahun ni anak dia dah lain sesi. 3 hari jugak bibu pening pala cari van. Call sampai 6-7 van semua tak nak masuk kawasan sekolah agama tu sebab tak sempat. Sekolah agama tu tapak surau lama. Memang kalo org tengok dah macam nak roboh sekolah tu. Tapi bibu bangga dengan ustazah2 yang mengajar bersungguh-sungguh walopon tengok sekolah tu agak dhaif sket rumah papan. Kalau bibu banyak duit dah lama bibu bina sekolah baru. Tapi yang bibu rasa sangat terharu, keputusan kakak sangat memberangsangkan sejak setahun belajar di situ. Dia dah boleh membaca jawi , ngaji lancar dan semua subjek de dapat A+. Bayangkan dari sederhana semua C mula2 tahun 2 dulu kat sekolah lain.
Benar bagai di kata, "Don't judge by its cover". Jangan ingat sekolah pondok tak boleh melahirkan pelajar cemerlang.
Semalam bibu terpaksa ambil keputusan tempatkan kakak di Taska (Transit) depan sekolah agama tu. Alhamdulillah dekat juga dengan Sek Kebangsaan dia. Cuma kakak kene berjalan kaki sikit la. Lagipon taska tu ramai lagi murid2 yang jalan kaki termasuk anak2 cikgu kata penjaga tu. Lege bibu dengar.Hari ni bibu tak cuti.  Bibu rasa kakak boleh buat. Lagipon dekat sangat sekolah tu dengan tempat transit tu.Umair la terpaksa berpisah dengan kakak de. Maka bibu terpaksa ambil kanak2 ni lepas balik keje dari 3 lokasi yang berbeza disebabkan masalah van ni. Tapi mungkin ada hikmah juga. Bibu dah jimat RM80 sebulan tuk 2 van sekolah. Tapi sekarang ni masalah keselamatan kakak yang bibu lebih utamakan. Harap2 balik nanti dia boleh kenal sapa2 yang satu tempat transit dengan dia dan esok boleh balik jalan sama2.


Layan bunga api masa konvoi TT Ambang Tahun Baru 2013 anjuran Hilux Tuners Club Malaysia. Pertama kali kami berkonvoi, off road, tengok bunga api live, BBQ (tak sempat sebab kanak2 dah mengantuk merengek nak balik umah) dah pukul 2 pagi lagipon. Belum pernah lagi kami keluar malam2 camtu. Tapi pengalaman yang menyeronokkan. Pertama kali rasa konvoi siap ada Marshal, siren, 25 biji kete, dari Shah Alam- Kuala Selangor - Pantai Jeram (terasa cam VIP di jalan raya kihikih) Memang pengalaman yang berbeza Sebab seorang pon kami tak kenal hahaha..tapi mereka memang sempoi dan ramah! Lepas ni kalo ada konvoi mana2 kami nak join lagi ..biasakan budak2 ni dengan outdoors, camping dan masuk hutan cam bibu and Abie dulu sebelum kawen!Takmo biasakan budak2 ni dengan tab, internet dan sebagainya :-)





No comments:

Post a Comment