Tuesday, January 28, 2014

Mendaki Bukit Broga, Semenyih

Dah lama sangat bibu teringin nak daki bukit dan gunung semula. Cita-cita tu besar tapi kemampuan terbatas. Selepas  13 thn berehat dari sebarang aktiviti lasak camni, rasa-rasa stamina masih ada tak? (Tarik nafas panjang2 dan pejam mata).

Rasa tak boleh.
Tak mampu.
Penat.
Semput.
Tercungap-cungap walopon daki  3 anak tangga ofis.
Amik oksigen.
Migrain.
Seram sejuk peluh.

OK.
Itu adalah scenario sebelum bibu join satu Fitness Centre-TJ Fun Workout. Rasanya bibu betul2 dah jatuh cinta dengan aerodance, salsa, line dance dan Zumba. Seminggu 1-2 kali wajib hadir. Paling best kelas ada parti2 dan hanya wanita sahaja eg. Parti New year, Parti raya, Parti CNY dan etc. Ada tema pakaian dan warna. Memang meriah.Tapi satu je aku suka sangat ialah :-

M.A.K.A.N

Paling2 best. Meriah sangat dengan makanan. Oleh sebab badan aku cekeding tak kisah berapa kalori buleh amik (tanggapan yang agak salah sebenarnya). Maka aku akan makan dari awal sampai abis. Orang lain sibuk dance2..aku lite2 ..kadang takat angkat2 tgn dan kaki je amik syarat sambil menimbulkan kejelesan melampau member2 lain hehehehe.

Ok pic di bawah ni credit to kak Siti Zubaidah atas kerajinan beliau membuat kolaj.Luv u.Muahhhh.Tq bagi izin share sini. Meriah kan??Seme sporting ya amat!!!


Nah sekarang jom tgk aktiviti yang baru kami buat-daki Broga baru-baru ni pada 18 Januari. Bukit yang hanya 675m dari aras laut. Tapi agak mencabar juga masa nak naik puncak.Tangga pon tade.Tali semata-mata siap nak kene tolak bontot dari bawah lak tu heeeee. 

Ok.

Jom tgk tips pendakian.Tips ni bibu belajar dari sifu daki2 ni dulu masa bujang2:

MULUT 
Tidak dibenarkan sama sekali celupar ye kawan2. NO.NO.NO.Cabaran  mendaki ini perlukan mental dan fizikal yang kuat serta niat kene jaga. 

TRAINING
Training adalah disaran naik turun tangga tiap hari (contoh kalo ofis anda 10 tingkat apa lah salahnya pagi2 naik tangga je dan kira bape minit bole sampai atas sehari ke sehari ) untuk stabilizekan lutut dan kaki masa mendaki di samping latihan gym. 

MAKANAN DAN  MINUMAN
Tidak perlu bawak air berbotol2 besar.Lagi banyak minum, lagi pancit. Tapi gunung2 yang memerlukan camping, wajiblaa bwk makanan dan air untuk dimasak. 

ACM
Acute Mountain Sickness.
Pening nak muntah dan sakit kepala adalah biasa jika stamina tidak betul2 penuh.(Fitness).

CARA TURUN
Cara nak turun kawasan cerun disaran sengetkan badan dan turunkan salah satu kaki dulu. Jangan berlambat-lambat. Turun dgn kadar agak laju.Tidak terlalu laju tetapi lebih cepat dari jalan lenggang kangkung mak limah ke pasar.

PUNCAK
Dah sampai puncak, amik gamba dan janganla lengah2 lagi. Setgh-sejam cukuplah sebab orang lain pon nak selfie2 gamba juga kat situ hehehe (ini kes kalo ramai pendaki la).

KESAN PADA KAKI
Hui kalo daki 1000m (gunung) ke atas kompemlaa kaki peha akan jem.Tipu tak jem. Sedikit dan sebanyaklah. Jadi pandai2lah urut dan sentiasa buh minyak. Kalau tidak urat keras.

Sekian tips. Kalo tertinggal nanti I update lagi.Jom layan video team 18 orang ke Broga. Tahniah TJF members!!!




Friday, January 24, 2014

Trip to Aonang-Krabi



Welcome 2014!!!
(baru terhegeh-hegeh nak welcome tahun baru)
Apa pon semoga tahun 2014 ni mendatangkan lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Tutup buku lama dan buka buku baru (sgt sinonim ayat ni..rasa kering idea nak menulis setelah lama tak update hehehe).
Alhamdulillah tahun ni azam dan cabaran semakin meningkat.
Azam nak jadi insan yang lebih baik .
Azam nak lebih sihat.
Azam dapat didik anak2 dengan sempurna.
ikutkan baaaanyak sgt wishlist tapi yang paling utama tu rahsia (In shaAllah smoga Allah  kabulkan. Amin)

Diharap anda yg membaca juga diberi kekuatan , azam dan semangat baru juga. Amin.
(skemanya ayat kan?)
Oklah tanpa membuang masa berceloteh di ruang blog yg agak malap dan suam2 kuku ayam ni nak upload trip ke Krabi yg bibu pegi pada 22-23 Nov 2013. Tiket ke Krabi ni bibu beli lama dah 6 bulan sebelum kejadian. Kami pergi berdua je (bajet bulan madu) dan juga mau survey2 dulu. Memang berhajat nak bwk anak pula tahun ni. Mase tu murah promo tiket RM378 je tuk 2 org. Setelah disurvey2 maka bibu book juga Goodwill Hotel di Aonang. Tapi masa tu musim hujan belum reda, nasib tak menyebelahi kami. Tak dapat nak snorkeling melawat pulau-pulau sebab hujan ribut dan ombak besar.Oleh itu tak dapat nak ke Phi Phi Island. Ape nak buat tade rezeki kan. InshaAllah kami akan pergi dengan anak2 satu hari nanti (one 2014's wishlist)!!
(tadi intro mcm tanpa celoteh..dah jadi celoteh)

Sedikit Tips:

Book awal dan semak cuaca 
Waktu lawatan yang sesuai adalah  Dec-April sebab raining season ialah antara May-Nov. 
Jadi time aku pegi ini adalah tidak bersesuaian sungguh hehehe..tapi ujung Nov tu sepatutnya lembab sahaja. Masa aku pegi tu Guide kata entah kenapa tempias typhoon masih ada. Jadi ikut nasiblah Nov tu cuaca baik ke tidak ye!

Mata Wang
Seelok-eloknya tukar di sini sebab sana mmg rendah. konsep ujan emas baik di negeri sendiri adalah sgt tepat ^_^.

Shopping
Tawar macam biasalah serendah yang boleh.Mana2 pon sama.Bagi aku harga tak banyak beza barang2 mahupon makan di Malaysia lebih kurang.

Makan
Makanan halal bersepah.Pilih je.

Gambar lain2 dah dijadikan dalam Youtube. Senang keje beb.Tahun ni agak busy dengan 2 anak sekolah Selamat Menonton!

Monday, November 4, 2013

Macam2 hal + Istanbul Escapade

As salam.
Lama tak menulis.Sibuk dgn urusan2 rumahtangga, diri dan pekerjaan. Baru ade semangat dan kekuatan utk menulis. Majlis kawin adik dah selesai.Alhamdulillah.Raya pon biasa2 saje banyak benda tercicir tahun ni lepas kes huru hara di ofis.Maka officially bibu dah bertukar tempat kerja baru.Tak sampai 5 hari cuti sudah mula bekerja di tempat baru.Beriye la kan..nak cuti sebulanlah, tenangkan fikiranlah.Hakikatnya baru 4 hari kat rumah dah rasa terperuk otak hehehe

Rasanya eloklah blog ni bertukar kepada Travel log saje. Nak update kejadian seharian macam dah tak sesuai. Setiap minit dan jam banyak benda berlaku dan kadang2 kita terlepas pandang sesetangah perkara dalam hidup. Realiti hidup kadang2 tak sama seperti yang dipaparkan.Sungguh. Berbeza. Bila realiti jadi tontonan kadang kala rimas juga. Things never get easy and easy thing never come alive.(tah ape aku merepek tapi to simplify,bila kita sibuk mengejar kebendaan, adakalanya kite terlupa apa yang dibawa) paham ke?tak paham sudah. Aku pon tak bape paham hahahaha

Ok. Just nak share my experience beberapa bulan lepas bila bibu dapat jemputan ke Istanbul,Turki atas urusan sesuatu dari pihak client. Memang short trip tapi bibu rasa worth experience ever. Yelah selama ni belum pernah jejak negara jauh2 apatah lagi perjalanan berbelas-belas jam dalam kapal. Sangat2 teruja tapi kesan dia huuuu sampai hari ni kaki kanan bibu keras kematu (saraf rasanya). Jenuh dah berurut. Mungkin sebab 2 bulan bercuti exercise hehehe
Bibu pegi Khamis, Sabtu dah balik. Sekejap betul. Hotel dan tiket semua dah diuruskan. Itupon short notice takde angin takde ribut tetibe kene pergi.Client booked hotel Sheraton Atakoy. Hotel ni menghadap laut Marmara dan ada port bernama Atakoy Marina. SubhanaAllah cantik sgt2 tempat ni. Bibu sampai dalam kol 10 malam. Tido pon 4 jam. Bilik besar tapi sukar nak lelap.Bantal peluk semua tertinggal hehehe. Esok paginya bibu dah bangun jam 5. Pukul 7 dah merayap kat bawah hotel jalan tepi taman de. Angin wah sangat2 nyaman. Sejuk. Masa ni musim panas tapi angin dia kuat. 
Selepas sarapan, meeting hingga 12. Kemudian kami dibawa ke sebuah Restoren - Celik. Bibu cube seme jenis makanan. Cume grilled je yang masuk tekak. Lassi de pekat dan sedap. Bibu tak kisah sgt sebab biasa juga makan2 mid eastern ni. Cume yang bungkus2 daun tu agak pelik . Oh ya kalo pergi Turki, wajib cuba Turkish Ice cream ye. Lebih kurang Tutti Fruit yogurt based ice cream. Kat bukit Bintang pon ada. Mahal juga TL (Turkish Lira ) 10 kali 1.8 RM18 satu scoop aiskrim huhuhu. Currency mase bibu tukar ni agak mahal. Bibu tukar RM500 dapat TL280.Bapak mahal.
Selepas lunch, ada 2nd meeting tapi bibu tak involve. Bibu just merayap kat shopping mall depan hotel. Masuk grocery mart bibu beli gelas turki (cawan kecik), teh, tupperware gelas dan jajan2. Dalam 5.30 client ajak jalan ke Sultahahmet area. Mase ni bibu ingat dah tak dpt pegi. Try tanye sheraton pakej gile mahai Euro200 per trip.erk!!!!Sebab flight balik kol 1pagi Sabtu. Tak boleh extend sebab Ahd tiket tade kalo tak bole stay 1 hari lagi.
Tapi dengan berbekal keingingan yg tebal tambah pulak Mr M kata..eleh kita naik cab kuning je. JOM!!!!
Masa tu aku punya suka melompat lah. Sporting sgt Mr M ni. De ni bangsa Swiss tapi tahap berkira2 de adala macam pak aji bakhil hehehe.Tak sombong dan sgt2 humble.

Perjalanan ke Sultahahmet mengambil masa kira2 40minit campur trafik. Byzantine wall ni aku tanyela driver taksi tu ape ke bende tapi taulaa...de punya mengarut dkt 10minit dlm bahasa de.Last aku tau2 de sebut Attartuk. Tu je. Heh, baik aku googlelah pakcik. Penat aku tanye hahaha.Masa ni tak dapat ke Grand Bazaar sebab kawasan yang berlainan. Aku paham kebanyakan teksi driver tidak boleh berbahasa Inggeris jadi agak susah komunikasi di situ. Just tunjuk pic dan anda bolehlah nak ke mana2 dgn bantuan pic. (ini sebab men terjah je, kalo amik pakej tade masalah).
Museum ni dah tutup last tiket kol 6. Aku sampai ngam2 pukul 7 huhuh. Tapelah tgk live pon dah bersyukur sgt kan?Masa ni angin sgt2 kencang. Sejuk je. On the way ke masjid area ni byk kedai2 western. Kejap2 rasa cam ko kat Italy pulak eh. Sebab setau aku Turki ni terbahagi kepada 2 . Satu western satu eastern.
 Yang ni full pic masjid aku snap dari papan notis. Tak puas ati Mr M buleh snap cantek sebiji cam amik dari atas. Turn aku snap nampak cermin chet!
Masa ni dah masuk kul 8. Gelap dah. Bazar kecik2 ada tapi macam seme tutup je.Akhirnya dapat jugak jejak ke Hippodrome (sila ketik utk maklumat penuh) .Oh ya yang macam tiang lampu kat depan Hippodrome tu aku lah hahaha. Tah ape2 sape yang snap (padahal aku yang suruh) serupa tayah amik =_=
 Ha ni gambo siangnya.(ihsan google)
 Dapat jugak jejak Blue Mosque yang besar tu. SubhanaAllah sgt2 cantik dan bersejarah.Dapat juga masuk dalam kawasan masjid. Memang betul2 blue.Lagi satu kawasan masjid ni ramai juga peminta sedekah. Hermm panorama sama di mana2 kalau ada pelancong kan?Tapi time ni aku buat pekak jela sama macam kes kat Bandung hari tu. Yang tak boleh belah tu ada budak laki ni punya la menagih dalam bahasa dia. Dia akan ikut kami sampai mana2.Naik rimas telinga aku dengar .Selagi kite tak bagi duit. Selagi tu dia ikut. Masa ni aku jalan dgn Mr M selamat sket lah. Diapon rela hati sambil jalan sambil layan budak ni bercakap. Tapi yang pasti aku dgr budak pemintak sedekah tu layan bahasa dia. Mr M layan bahasa Swiss de.Last2 budak tu fed up kot de berhenti ikut kami .aku punya gelak tgk .Bijok jugak idea gitu hahahaha
Yang ni Hagyia Sophia Mosque. Bibu tak masuk. Nak kejar tempat lain.
Time ni dah gelap sgt walopon ada lampu tapi opkos ape pon tak boleh nak hayati. Maka bibu pegi ke bazaar kecik2 sepanjang2 kaki lima area masjid tu. Tapi aku mampu tgk jelah mcm mangkuk2 dan lampu2 ni beratus ratus ok harganya. Len kali kalo pegi trip melancong standby la duit kalo nak ye!Aku dapat beli FM, shawl, keychain, cawan kecik souvenir dan beg duit syiling. Abis dlm TL180 semua sekali. Balik mesia ada belen TL40 je ehehehe.Pukul 9pm kami keluar dari situ terus menuju ke Airport.

Oklah tu je. Banyak pic benonya tapi agak sulit hehe.Apa pon semoga satu hari nanti dapat jejak lagi bersama-sama satu keluarga. Amin.

Sunday, September 8, 2013

29 Julai 2013

Date that will never be forgotten this entire life.Traumatise.Up side Down.Traggic.Psychologically down.
Al Fatihah to my ex boss, HN. Allah knows the best and he chosed me to bear with all this difficulties and circumstances.May Allah grant me a patience and extra ordinary strength.

Friday, July 19, 2013

Happy 2nd Birthday Umair Na'el

Kalut menaip. SALAM RAMADHAN.
bibu sempat buat kek Umair minggu lepas sempena bday yg ke 2 tahun! 11 julai.Tema spiderman, superhero paling de suka sangat. kek coklat topping Ganache with edible image.

Thursday, June 20, 2013

Kesibukan

Adalah saya I....binti M...I...tersangat sibuk.
Nak kejar exam 4 Julai.
Nak kejar dateline audit.
Nak siap sedia kenduri adik.
Nak sambut Ramadhon.
Nak cari umah.
Nak cari duit lebih.
Nak attend training.
Nak ajar anak2.
Nak segala-segalanya perlu dilakukan sebelum ujung tahun dengan segala persiapan mental dan fizikal.
Semoga Allah beri saya kesihatan yang baik, dipermudahkan segala ape jua urusan yang sedang saya lakukan.
Amin ya Robbal Alamin.

Friday, May 31, 2013

Our trip to US..................S (Part 2)

Bersambung dari Part 1

Kali ni tade part 4 ye..sebab pegi sehari suntuk je hehehe.

Stesen 5: Lost World.
Dalam Jurrasic park ni adalah satu2 stesen yang kami skip. Masa ni sgt2 rentung panas, melengit, hangit semua ada. Nak naik tiap ride tu amik masa sejam lebih. Maka kami lalu2 je kemudian lari tempat ada econ - Jurrasic Food Court. Sini harga bulehlaa thn "murah" sket berbanding cafe2 lain. Tapi Q lagi sampai sejam (mmg hengko akan Q je sepanjang masa masuk USS ni melainkan ade Express Pass kene byr extra SGD50 each (pitaaaams). 

Set nasi bodo2 ni rege Sgd11. Tapi rasa de tah hape2.Bagi free pon rasa xmo den.Seriously std makanan de sgt2 hermmmm tidak menyelerakan.Tapi dah byr mahal dan lapar, makan je jgn byk bunyi dan syukur dpt makan ...hish...tak baik merungut depan rejeki (just pesanan tuk korang kalo nak makan) ^_^...lunch box free biru tu hilang kene kebas sebab bile nak masuk ride kan kene tinggal stroller kat pintu masuk tiap ride..huhuhu

Stesen 6: Sci City
Stesen ni paling best.Memang bibu  excited sangat nak naik yang Roller Coaster Battlestar Galactica Cylon dan Human. Tapi kakak tak lepas tinggi (Abie jaga Nuha dan Umair). Masa pon dah pukul 6, kami terus masuk Transformer ride 3D Battle. Yang ini memang wajib masuk ye. ..memang sgt2 real terasa mcm dah jatuh masuk gaunglaa...kene tembaklaaa seme ade..padahal ride tu cume setempat je takat ke depan dan reverse huhuhu..memeg best sgt!Rasa nak repeat tapi Q maa aiii mcm ular!

Stesen 7 : New York (last)

Masa ni dalam pukul 4.30 ada street show ala2 street dance gitu.Tengoklaa lautan manusia punyalaaa ramai


At last Umair dapatlaa naik cam cawan pusing2 tu..Sian de baru 2 ride de naik. dah itu je yg lepas dik heheh
Masa ni pukul 5 ptg ada perarakan semua karekter.Gediks sgt Marilyn Monroe ni ek??eeiiiiiiiiiiii
Tengoklaa anak bujang aku..bile nampak awek berambut panjang sket maa ai kontrol macho ok..heeee geraaam!Posing tu tayah disuruh-suruh!

Tips:

1. Sila beli tiket online tuk redeem lebih cepat.
2. Tukar duit siap2 sebelum ke JB.Bibu pertama kali dtg JB sesat barat even gune Waze. Jalan de sgt2 konpius.Rasa pernah pegi berbelas thn yg lampau huhuhu
3. Bawaklaa roti2, beskut tuk kudap2 buat bekalan memandangkan kita ada anak2 ni.Tapi biasala ade org tu kene cari nasi topup tenaga. Kalo tak tapau je nasi goreng pagi2 tu tadehal.
4. Toilet mmg tade paip air. Kene standby wet tissue dan kalo x biasa botol air.
5. Ade water cooler buleh refill air. Tapi bile dah panas2 nampak derang jual air ais perhhh mmg tak thn godaan mmg kene beli beb.
6. Jangan sesekali tinggal stroller dgn brg2..pastikan angkut skali brg2 cam botol souvenir tu bile park stroller tiap kali nak naik ride.Bibu dah hilang lunch box free tu. Itupon orang kebas????Masa tu mmg terdetik jugak tgk org selamba je tinggal botol air2 yg mhl tu...gerenti mereka punye kene curi juga.Tiap stroller mmg ada nama kite masing2 don't worry kecuali stroller sendiri agak cuak kan nak tinggal?
7. Bas akan siap 7.30am dan balik 7.30pm. Mula2 cam eh lamanya..tapi bile dah sampai dalam huwaaaa tak cukup  masa!!

Secara keseluruhan bajet bibu peruntukan mmg ngam2 RM1500 -RM1600. itupon ade baki Sgd90 (tuka RM500 dapat Sgd200). Tak sempat nak beli lagi kat stesen last tu huhuhu...ngam2 kuar 7.15pm dari situ.Tapi dapatla beli 2 botol air USS, 2 keychain dan 2 fridge magnet masa di awal2 stesen uhuk!

Sekian.

Our trip to US..................S (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas.Trip ke Singapura ni bibu plan tak lama. Tak sampai sebulan. Kira tergopoh-gapah juga menggoogle tip2 yang boleh digunakan (ye ke..padahal sekian lama duk baca travel log org kihkihkih). 

Kami pergi Jumaat menuju ke JB dan stay di Tune Hotel. Pertama kali menginap, sebab bajet nak tido je  walopon bilik agak kecil (2 katil) Alhamdulillah masih selesa.Tiket USS bibu beli online.Begitu juga hotel dan shuttle bus melalui Tune Hotel juga online. Okeh. Sampai2 di hotel, cek in terus ke kaunter Odessy coach untuk menempah seat  bus. Seawal 7.15pagi esok kami kene berada di lobi hotel.Masa ni kanak2 sgt cargas, dengan skali perintah " Anak2!cepat bangun nak pegi USS tak (sebelum tu pastikan mereka disaji dgn gambar2 USS dari kawan2 di FB ye). Maka secepat kilat mereka bangun dan mandi tanpa ada yang masih melepek, tertonggeng dan sebagainya (saaaaangat cargas bile bab berjalan) *_*. Perjalanan pula mengambil masa 2 jam. (sejam di Hiway) dan setengah jam di Imigresen Malaysia seterusnye setengah jam lagi di Imigresen Singapura). Masa ni kalut nye org jalan punya laa laju2..aku je terkedek2 lari berganti2 dgn Abie dukung Umair hehe...

Ok. sudah sampai.Kanak2 ni dibiarkan lepas dgn pengawasan Abi sementara bibu pegi tuka tiket di kaunter Guest. Masa ni orang ramainya heeeee nasible kamu labu dtg hari Sabtu.Globe tu tade masa laa yg orang tade. Tepaksa bergambar bersama2 macam satu rombongan gitu *_*
Ok mula2 pastikan ambil pamplet ini sebagai rujukan. Kite mulakan dari belah kiri dulu.Sepanjang pintu masuk ialah Hollywood station. Bibu lalu je snap sekeping dua terus maju.Oh ya stroller tu bole disewa SGD10 single, SGD15 double.

Stesen 2 : Madagascar
Madagascar ni masuk2 dah nampak pokok dan kapal yang sgt2 besar ni.Masa ni maskot2 belum keluar.Awal lagi jam 10.30pagi.Bibu dan kakak masuk water boat show. Masa ni baru terasa kalo bwk kanak2 bwh 2 thn kene gilir2 jaga dan amik turn (hehe iye pasraaaaah). ^_^.Dalam gua tu bolelaa tgk binatang bercakap dan bergerak sesekali mereka sembur air kat kita.Chiss agak kurang ajar juga mereka ni but it was really fun though!!


                    
Dalam Bot
Keluar2 je dari bot, show Madagascar dah mula dan sesi bergambar2 pon diteruskan tapi KENE BERATUR.Dapat bergambar dgn Alex je, masa ni peluh dan mula curah2 dah mula panas. 

Stesen ke 3 : Far Far Away Kingdom
Lepas tu kami ke Far Far Away stesen. Rumah Shrek ni agak semak..dah dia sibuk entertain orang kan?rumah terabai hahaha..
Masa ni Puss in Boots baru nak keluar so kami org pertama spot de..Umair takut hahaha. Sebelum tu Abi, kakak dan Nuha naik Dragon Ride tu. Sian Nuha sampai pucat2. Laju rupenya.Seterusnya kami masuk 4D show Shrek. Best giler duk dlm cinema de siap terasa kene sembur air dan ada  sesuatu kacau kaki kite.. hohohoh kene bersila next time!!Ape2 action dlm muvie tu kite buleh rasa even kusi de gegar2 (scene naik kereta kuda). OhMaKaw!!
Kami tak jupe Shrek dgn Fiona.Tah mana mereka menyorok huhuhu

Stesen 4 : Ancient Egypt
Ok sini banyak monumen besar. 2 orang laki2 tinggi ni baru je keluar masa kami sampai. Kami orang ke2 bergambar hehe Alhamdulillah tak perlu Q lama. Kemudian kami beratur lagi nak naik jeep melalui Treasure Hunters.Punya lama okeh Q sampai sejam tapi ride jeep tu alaaaaa 5 minit x sampai..wat hangin je .Setakat tengok ular bersisssss dan eagle patung gitu2 serta scorpion berjalan =_= 
Tak berbaloi langsung.Kemudian bibu dan Abie gilir naik satu ride ni gelap dalam gua.Gile gelap laju plak tu dan suspen bile pintu gua ade air terjun betul2 seinci je dari ride.Bibu tengok kelam kabut ade sesetengah penumpang bwk kuar baju ujan. hahahaha..tapi gimik semata-mata..gua terkene beb! >_<



....to be continued

Thursday, May 23, 2013

Little Umar - Umair

This cute fella will turn 2 by 11 July. Sooner he will no longer a baby...A toddler now sob sob. 
I missed the very first day he starts jiggling, mumbling,crawling, teething,laughing and etc. ^_^

Ps:
Tomorrow we are taking kids abroad. Our first oversea's trip.Can't wait!!

Monday, May 20, 2013

Bandung Trip 1st May-4th May 2013 :Tips and Tricks (Part 4..Finale)

OK. Final episode.
Walau apa pon sebelum nak ke Bandung, bibu dan kawan2 memang banyak buat rujukan dari sape yg dah pernah pergi, baca bloggers dan lain2. Kita hanya merancang, tapi Allah yang izinkan. Betul?Syukur perjalanan kami dipermudahkan semuanya. Niat kene baik dan ikhlas. (Cewah ayat). 
Gambar makanan ni antara yang disarankan oleh kwn bibu, Kak XX. Tak rugi mencuba kan?Jus Alpokat, Kerak Telur, Murtabak San Fransisco, Apam cheese Choc, Bakso, masakan padang/sunda.Kami dah rasa.
Tak lupa juga brownies Kartika Sari.
 Lagi satu gamba puas aku tuka save..takmo tegak cawan tu..aihhh
Bergamba sebelum kami bertolak ke Airport jam 6pagi. 6 pagi ye tuan2 dan puan2!! Jam 4.30am semua dah bangun. Sewa 2 van Ind 200,000 (RM60). Satu van untuk kami, satu van untuk luggage sahaja!Flight kami kol 8pagi dan tibe di tanah air tercinta jam 11.10 pagi.. Selama 3 malam bibu di sini, bibu bangun awal kol 5pagi dah terjaga, subuh (4.40pagi) di sana sangat2 meriah jelas dengar beserta bacaan ayat Al-Quran merata-rata. Karoke dangdut juga tak kurang meriahnya kedengaran  sebelum itu hohoho
Ok ini antara hasil tuaian.
Jubah
Jubah turqoise tu RM50 kain sulam dan tempah RM57 siap dalam masa sehari!material de cotton lembut dan sejuk. 
Swimming suit
Baju swim kakak n Nuha RM40 okla murah tu..cer tgk kat kedai sini mahal kan?RM80-90. 
Baju Blouse, thsirt dan baju tidur anak2
Baju blouse Nuha n Kakak dalam RM25 each aku rembat kat ANAKECIL. Kalo KL mau RM59-89.90. 
Kain telekung
Telekung oh ya ade gak aku beli sulam 3 pasang RM33 each (lupa nak amik gamba) tapi sejuk kain de. Nak bagi mak, diri sendiri dan satu orang kirim. Telekung budak yg tengah tu murah je RM10 (3 pasang). Yang bawah tu mahal sket RM25 -30 sebab beg de buleh wat sejadah (2 pasang beli).
Kain Pasang
Kain pasang overal aku beli total 55.5meter yang mana aku jual balik 3 pasang (12m)hehehe..kain pasang buleh dapat RM30 untuk 4 meter. Kain lace kalo anda tak beli rugi. Kalo kat sini Euro moda ke Gulatis lace yg lembut dan bermanik tu makan RM200-500 per meter. Tapi kat sana serendah RM80-200 sahaja.
Tshirt Bandung
Secara purata 100,000 rupiah dapat 5 helai (RM6-7) sehelai. Ade satu Tshirt Hard Rock beli kat Abie RM25.
Fridge Magnet dan keychain
Aku tak ingat bape. cam mahal rasanya tapi beli keychain di Tangkuban murah.
Baju Batik
Baju batik beli 3 helai (suami, abah, adik laki) aku pon tak hingat bape hehehe rasa tak sampai RM20 each.
Jubah dan blouse
Aku tak sempat beli, masa dah suntuk dan duit abis hahaha

Jadi agak2 berapa kene bawak ke Bandung dengan jumlah di atas?Sekurang2 RM2-3K. Ini yg berhemah ye puan2..yang tak berhemah mungkin lebih hehehehe..walau apa pon rancanglah perjalanan anda sebaiknya. Insha Allah dipermudahkan. Amin.
 Last but not least. 
Gambar kenang-kenangan yang bibu suka sangat!Ni kira reunion semula after last reunion 2010. Tak kurang jugak ada yang marah2 (geng2 sekolah lain). Bukan niat tak nak pelawa, tapi nak organize ramai2 rasa bukan senang. Ini pon dah huru hara hehehe. Tapi mmg senang nak bergerak kalo jumlah tak ramai. Betul tak?next trip tatau lagi bergantung kepada kelulusan Pegawai Kanan Imigresen di rumah *__*

Dedicated to my frens above :
Thank you all for making our journey as most happening, exciting, incredible and remarkable experience!!Luv luv Muaah!